Assalamualaikum...
Jiwa ini berpendidikan dan ingin terus begitu...
Jiwa ini terasa kosong jadi mahukan terisi...
Jiwa ini bosan jadi mahukan hiburan...
Apa khabar kalian... Alhamdulillah, semalam telah pun bermula sesi pembelajaran bagi sesi semester 1 2011/2012... Semalam sambil-sambil menunggu pensyarah masuk... Aku telah bertemu ramai kawan-kawan yang sedang sibuk mencari bilik pensyarah untuk mengambil tandatangan bagi menambah matapelajaran ke dalam kuliah... Aku pun tidak terkecuali... Aku kekurangan 6 credit hour... Aku memerlukan lagi 2 subjek bagi memenuhkan quota credit hout yang normal iaitu sekitar 15 credit hour...
Berbalik kepada kawan-kawan yang aku terserempak sebelum ini.. Mereka ini semua adalah teman-teman seangkatan ketika di Pusat Asasi UIAM... Tetapi kemasukan mereka agak lambat berbandingku atas beberapa sebab... Yang ingin dibincang aku di sini bukanlah sebab-sebabnya... Tapi kekurangan yang terdapat pada batch baru iaitu intake 111xxxx... Antaranya adalah :
1. Taaruf Week yang amat lama sejak hari selasa hinggalah ahad...
2. Sesi bergambar yang mereka perlu lakukan sendiri (matrik kad)...
3. Ketiadaan tempat kosong untuk register subjek secara online, jadi mereka perlu lakukannya secara manual iaitu prosedur yang amat banyak (kerenah birokrasi)..
Tersebut adalah di antara kelemahan yang dapat aku perhatikan sepanjang aku perhatikan di awal minggu pembelajaran... Tapi, apa yang ingin aku ceritakan di sini. agaknya apakah perasaan pelajar-pelajar baru yang sangat bersemangat untuk menimba ilmu tapi tercemar dengan beberapa insiden seperti yang di atas.
Jika seorang pelajar itu ditarbiah di dalam sistem, pasti mereka akan memandang perkara di atas dari sudut yang berbeza berbanding pelajar biasa yang mungkin sekarang mengalami tekanan jiwa akibat masalah di atas. Di sini ingin aku senaraikan beberapa situasi yang muingkin berlaku kepada pelajar yang ditarbiah di dalam ISLAM...
1. Mempraktikkan konsep tawakkal iaitu Azam, Amal dan juga Doa'...
- Doa adalah perkara yang sering dilupakan oleh manusia.. Misalan dalam proses add subjek... Mereka mungkin telah pun Melakukan Azam.. Sangat berazam untuk mendapatkan subjek yang sekian-sekian... Mereka juga telah melakukan Amal iaitu pergi ke bilik pensyarah untuk mendapatkan sign dan ke General Office pula untuk submit borang... Tetapi mereka lupa untuk doa... Jadi konsep tawakkal mereka menjadi kekurangan satu elemen penting iaitu hubungan dengan Allah...
2. Merapatkan ukhuwwah...
-Di dalam kesibukan dan kepenatan, masalah yang berhubung dengan perkara yang diceritakanku di atas, para manusia yang 'istimewa' ini dapat saja melakukan sesuatu perkara 'bonus' terhadap diri mereka iaitu merapatkan ukhuwwah... Misalannya mereka sambil beratur panjang untuk submit borang kepada oggoce, mereka boleh sahaja bermesra sesama sahabat bukan hanya duduk sambil menghasilkan muka tension kerana telah lama beratur... Selain itu, boleh saja mereka berzikir pada masa terluang kerana jika mereka sibuk pastinya amat sukar untuk mereka mengingati ALLAH...
3. Penguji kesabaran...
-Masya Allah.. Perkara yang paling susah untuk ditahan dalam diri manusia.. Disebabkan kurang sabar, ada sahaja jiwa yang terbunuh.. Ada saja perkara yang tidak diingini berlaku... Para manusia istimewa yang tertarbiah insya Allah dapat menghindari kes seperti ini... Mereka akan dapat melihat setakat mana kesabaran yang mereka punyai... Adakah setebal kerak bumi ataupun hanya setebal seurat rambut....
Lihatlah... Berbeza sungguh jiwa-jiwa yang ditarbiah... Subhanallah... Saksikan saja para sahabat yang ditarbiah Rasulullah... Jika anda mencampakkan mereka dimana-mana, insya Allah mereka akan hidup bukannya mati... Everything begins with TARBIYAH... :)