Ahad, 27 Mac 2011

Api dunia dan Api Neraka....


KETAHUILAH ASAL-USUL API DUNIA......


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk
kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka
utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

jibril : sebesar kurma. .

zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya

akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat

kepanasanya


jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan
di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja
dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api
neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn
mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah
sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan
diatas sebuah bukit yg tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba
bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api
tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang
terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai
keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.


PENGAJARAN :
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa
disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya
sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya
bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.

"KASIH…Keindahan MU Merupakan Ma’rifat Yang Tersembunyi"

WALLAHU'ALAM.......

Tiada ulasan: