Selasa, 3 Mei 2011

Suatu Perjalanan...


*Amaran, pastikan anda mempunyai masa lebih kurang 15 minit untuk membaca post ini

Tanggal 2 Mei 2011

"Abang, ko nak gi pukol bape nie?" Makku mula mngejut aku. "lepas suboh pn nk tido lagi ke" die menambah. Aku nak x nak nye bangunlah gak. Dilihatku jam tangan yang terletak di sebelah bantalku. Jam menunjukkan 6.50 pagi. "Hai macam nak pegi sekolah lah pulak" Hatiku mengomel.

Hari ini aku akan ke Keramat kerana ada tuntutan dakwah di sana. Ada sedikit meeting. Sebenarnya aku rasa tak nak pergi sebab satunya aku masih di dalam cuti dan perjalanannya sangat jauh. Rasa tak berbaloi jika menharungi lebih 200 km semata-mata nak menghadiri satu meeting.

Satu alasanku yang terbesar yang menghalang aku nak pergi ke sana adalah ketidaan duit yang cukup nak menampung perbelanjaan minyak nak makan minum. Cukup untuk pergi sahaja, nak balik memang kena jalan kaki jawapnya. Di pendekkan cerita, atukku ajak aku ke rumah kawannya, jadi, saat nak balik kawan atukku tu menghulur not RM 1o disaat aku menyalami dia. Alhamdulillah, di dalam hati aku berkata, "Mungkin ini petanda Allah nak aku pergi menghadiri meeting tersebut".



Dugaan kewangan dapat aku lepasi. Datang pula dugaan yang kedua. Tayar belakang motorku botak. Amat bahaya untukku bawa 'kuda'ku itu merentasi 2 buah negeri. Aku cuba mencari sati alternatif yang lain. Puas aku memikir, akhirnya datang ilham Allah. Aku pun hantar 'sms' kepada sepupuku yang berbunyi, "Long, sok ko pkai mto x? Aku nk pnjm bley? Nk g slangor lh. mtot aku tyar btak blakng".

Beberapa minit kemudian 'sms' jawapan diterima, "ok je. Jap g aku antr". Alhamdulillah, aku pnjatkan ke hadrat Illahi. Dugaan kedua dapat aku harungi. Sebelum membuat keputusan nak pinjam motor, aku dah cari alternatif dengan minta makku duit nak tukar tayar. Duit dah ada di tangan, tapi kedai pula yang tak buka. Maklumlah 1 Mei.

***
"Mak. stokin orang kat mane ek?" aku menyoal makku. "Tu, ada kat rak tu" Makku menunjuk ke arah rak kasut. Sebelum tu aku menyalami ayahku terlebih dahulu kerana beliau hendak keluar ke kedai kopi seawal 7.15 pagi kerana tuntutan kerja. Selepas sahaja aku memakai kasut, baju hujan, dan memanaskan enjin motor sepupuku Modenas 120, aku pun menyalami makku lantas aku pun bertolak ke Nilai.

Aku bertolak jam 7.30 pagi. Terasa kedinginan udara meresap ke tulang. Aku gagahkan jua tanganku memulas throttle untuk menaikkan meter kelajuan ke aras 120 km/j. Terasa jalanraya pagi itu lengang dengan kereta dan motor. Maklumlah 2 mei pun cuti juga. Lagipun hujan punbaru berhenti. Dalam hati aku berdoa minta di 'highway' nanti tiada butiran-butiran jernih hujan menyapaku.

Hampir 9 pagi. Aku tiba di bumi Nilai. Aku segera menghubungi kawanku yang aku janji untuk menumpangkan dia ke meeting yang sama. "Min, katne? aku dah kat bawah dah ni. Jom ar turun minum jap then kite terus gi" Pantas aku bertutur. "Alamak, aku baru bangun tidurlah. Ko gi minum dulu, aku gi siap" Kawanku menjawab. "tak boley blah ar budak ni. Hehehe." Aku bergurau.

Kaki pun melangkah ke Kawah Thai. Kedai makan 'popular' di Asasi Nilai. Aku memesan teh ais. Aku menghabiskan air lambat-lambat. 30 minit kemudian baru kawanku yang sorang tu muncul dengan tersengih. "Dah min, ko nak minum dulu ker?" Aku menyoal. "Tak sempat dah lah. meeting pukol 10" Dia membalas.

Aku pun gi bayar harga minuman lantas ke motor dan bertolak ke Keramat. Jam ketika itu menunjukkan 9.30 lebih.
***

"Alamak min, aku lupe jalan plak. jalan mane ek?" Aku bingung. "Ko tanye aku plak. Aku mane slalu gi." Min berseloroh. Dengan ingatan yang ada aku terus bergerak dengan gerak hati. Alhamdulillah sampai gak ke surau yang di janjikan itu. Walaupun terlewat 10 minit. Jam menunjukkan 10.10 mintit lebih kurang.

***(Disingktkan cite)***



Lepas bersalaman aku dengan min pun nak balik. kitorang gerak trus. Ada satu lagi dugaan. Aku mane tahu jalan nak balik ke arah Melaka. Biase gi surau ni dari gombak dan balik pun ke arah gombak. Dengan gerak hati dan berpandukan 'signboard' aku pun jalan jelah. Alhamdulillah, 20 minit kemudian sampailah kitorang kat Tol Sungai Besi. Aku nak isi minyak. Tapi ramai orang lah pulak. Maklumlah orang nak balik ke rumah setelah cuti kat kampung.

Disebabkan terlalu ramai orang dan meter minyak menunjukkan ada setengah lagi. Aku pun bergerak pulang ke Nilai antar Min. Selepasnya susur masuk ke UKM, Bangi lebih kurang 18 KM lg ke Nilai. something wrong happen. Motor tersengguk-sengguk. Dalam hati kate janganlah motor rosak. Motor terpaksa diberhentikan ditepi jalan. Jam masa tu pukol 5 petang. aku kata jangan-jangan tak de minyak sebab motor tersengut-sengut. Bukalah penutup tank minyak. "Kan betol, tak de minyak" Beritahu aku kepada Min. Masing-masing tersengih.



Aku dapat menghadapi dugaan ke-4 ni. Sebab aku pernah menghadapi dugaan yang lagi besar. Nasib baik Allah bagi jalan keluar. Aku segera menghubungi weorang kawanku sejak zaman sekolah rendah sampailah bersama-sama di UIA untuk meminta bantuan. "Put, abang ko ada kat UKM tak? Motor aku abes minyak ni". "Ada kot, ko ada kat mane? Nanti aku call abang aku. Ko tunggu je. Kalu x de kot tolak lah ye. Hahaha" Macamtulah die menjawab.

30 minit kemudian, abang die yang juga YDP UKM datang menghantar minyak 1 liter kepada aku. Aku kenal gak abang die sebab selalu gi rumah die. Terima Kasih diucapkan kepada YDP UKM, Saudara Muhd Muzammil Bin Muhd Hairi. berbekal minyak 1 liter, kami pun berangkat ke Nilai. Sampai di Nilai jam 5.45 petang. Aku berehat sebentar. 15 minit kemudian aku pun bertolak pulang ke Melaka.




Tak disangka-sangka, datang pula dugaan yang ke-5. Selepas je sampai ke Tol Nilai, hujan mulai turun. Aku memikirkan masa. Kalau berhenti entah bila akan sampai. Jadi aku pun bergerak pulang. Hujan badai terus diredah. berbekalkan mata yang terbuka luas dan juga skill-skill motor yang ada serta Tawakkal kepada Allah, aku meredah hujan dengan keadaan 'highway' yang sesak dengan kereta. Kereta bergerak perlahan. Hujan= 140 km/j. Cari maut je aku ni.

Masuk Tol Melaka tepat jam 7.05 malam. Aku bergerak perlahan. Mana taknya, tak nampak depan pun. Visor kabur ngan hujan yang lebat giler. Sekali sekala hampir kemalangan bila air hujan yang dipandu kereta terpercik ke arah aku. Dugaan ke-6 menjelma bila lampu tak berfungi. Dengan lampu jalan tak de, hujan lebat, faktor kereta, hati terus berdoa agar dapat melihat muka famili ku.

Aku terpaksa berhenti juga sebab hujan terlalu-lalu lebat. Super Duper lebatnya. Memang tak tahan. Akhirnya. Jam 7.45 malam. Dapat aku menyalami hangat tangan ayahku dan makku. Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi.

Antara ibrahnya dari cerita yang panjang lebar ini:

1) kalau kita menghadapi dugaan, ingatlah dugaan kita tak sebesar dugaan para nabi.
2)kalau kita berkerja di jalan Allah, Insya Allah, Allah akan memudahkan segala urusan.
3)Setiap kesusahan yang dihadapi orang bertaqwa, ada jalan keluar. ومن يتق الله يجعل له مخرجا
4)segala ujian dan dugaan yang diberi adalah untuk menguji tahap IMAN dan SABAR kita.
5)lagi sayang Allah kepada seseorang, lagi besar UJIAN yg dbrikan-Nya.

Tips menunggang ketika hujan:
1)Pakailah baju hujan
2)Pakai baju yg terang
3)Bawa slow2
4)Peka terhadap keadaan 50 mter dikanan dan kiri anda, 100 meter dihadan dan belakang anda.
5)doa dn tawkkal di dalam hati

Nasihat buat JKR:
1)pastikan saliran air hujan lancar, kalau tidak air akan bertakung dan menyusahkan dan membahayakan penunggang motosikal khususnya
2)pastikan lampu2 jalanraya berfungsi dengan baik.

Sekian, Wallahu A'lam.

4 ulasan:

::::Fakhratu Naimah Muhad:::: berkata...

nasihat bawak slow yer?
nice pesanan.. tapi dia pecut cari nahas gak...
tapi nasihat tuk jkr un ada.. xley bla tol.. hehe..


alhmdulilah... pndai jugak cari manfaat dari pengalaman hidup =)

Muhammad Syaakir Lee berkata...

awal nye.. asyik die je komen dl.. hehehe...

Adam berkata...

fuh sadisnya kisah ni,
Moga Allah membalas segala usaha kita dan mengira amalan kita.

p/s:Yang penting Ikhlas-buat kerana Allah.

Adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.