Sabtu, 24 September 2011

Study Lillahi Taala


Assalamualaikum...
Jauhnya aku dari semalam...
Dekatnya aku dengn kematian...
Bodohnya aku pada hari esok...

Apa khabar semua para pencinta ilmu...
Agak lama aku x berkongsi pendapat dan pandanganku dalam blog ini yang berbentuk ilmiah...
Jadi, kali ini fikiranku cuba untuk membawaku terbang meyelongkar satu perkara yang amat lazim yang berlaku dalam kehidupan manusia keseluruhannya...

Semua tahu akan hukumnya belajar... Tapi ramai yang tak tahu yang mereka boleh masuk syurga dengan belajar... Kalau bab dalil wajibnya belajar, sabda Nabi Muhammad mafhumnya:

"Menuntut ilmu fardhu bagii setiap individu muslim"

Semua orang juga tahu akan kebenaran bahawa setiap perbuatan boleh dijadikan ibadah dengan niat... Tapi kalau perkara jahat atau maksiat kepada Allah semestinya berdosa dan termasuk dalam maksiat bukannya ibadat...

Contohnya, tidur dengan niat kerana Allah, niat untuk berehat supaya dapat mneyambung beribadat kepada Allah adalah ibadat... Berbeza dengan tidur seorang kafir...

Jadi, apa kaitan dengan tajuk yang terpampang di awal kertas maya ini???

Belajar kerana Allah... Difikirkan kembali, muhasabah semula...

APAKAH KITA BELAJAR SEKRANG INI KERANA APA???

Mesti ramai yang akan menjawab ibadat dan fardhu... direnungkan kembali, adakah ibadat yang dikejar kita? Atau kita belajar kerana hendakkan kepada CGPA yang tinggi untuk mendapat kerja yang bagus-bagus. Nanti akan begaji tinggi.

Ingatlah, belajarlah kerana Allah.. Nescaya kita tak akan kecewa kepada keputusan yang kita terima... Kalau pelajaran kita mendapat kejayaan cemerlang, itu adalah satu bonus bagi kita... Tapi keutamaan kita adalah LILLAHI TAALA...

Allah tak lihat pada sesuatu natijah (keputusan atau hasil), Tapi Allah lihat pada kesungguhan dan ketekunan kita lakukan satu pekerjaan...

Agaknya tidak terlambatlah bagi mereka yang dalam sesi pembelajaran untuk membetulkan niat kita semula....

3 ulasan:

::::Fakhratu Naimah Muhad:::: berkata...

terdiam seribu bicara..

Muhammad Syaakir Lee berkata...

diam tandanya setuju.. hehehe...

aisyahumaira berkata...

assukut 'alamatur ridho..,
ape lg on sje...;P