Selasa, 26 Jun 2012

Cuti-Cutian..

Assalamualaikum..

Cuti untuk UIAM dah lama dah start..
Dan juga  dah 2 hari berakhir, tp aku kini melepaskan beban belajar formal untuk duduk bersama masyarakat..

Cuba membina hubungan dengan masyarakat kampung termasuklah keluarga..
Maklumlah semakin mendekati zaman pertengahan di bumi UIA, banyak tugasan tersandang di bahu..
Aku pun dari seorang yang suka balik kampung, terpaksa melepaskan nekad di hati, cuma kekadang mencuri masa cuti pertengahan sem untuk menjengah keadaan kampung halaman..

Sekarang aku bercuti hampir 2 bulan..
Kemudian akan terpanggil sebagai salah seorang komiti Taaruf Week..

Sebelum balik bercuti, aku menginkuti sebuah program yang membawa kami sebagai peserta menjengah membasahakan diri mengenali masyarakat..
Hari pertama kami dibasahakan dengan sesi kuliah selama sehari hingga membawa ke malam..
Aku mulai kebosanan..

Tapi, hari seterusnya menebus kekecewaan diri ini..

Kami di bawa ke Raushatus Sakinah, sebuah institut yang mendidik semula gadis-gadis yang 'terlanjur' ke kancah maksiat..
Walau pun aku sedikit keterlewatan sebab pulang sebentar ke UIA untuk mengurskan 'check out' mahallah dan sesat seketika di dalam perjalanan..
Tapi aku dapat jua memahami yang Raudhatus Sakinah telah berjaya dalam mentarbiyah anak-anak gadis menuju ke jalan yang betul semula..
Aku hanya dapat dengar sedikit sesi soal jawab bersama peserta dan bergambar..

Petangnya kami dibawa ke Kajang, melawat Aqsa Syarif, sebuah institut yang cuba memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan Palestin..
Kami diberi taklimat tentang keadaan terkini di Gaza dan juga projek-projek bantuan Aqsa Syarif yang sedang dilaksanakan di sana..

Keesokan harinya pula, kami melawat Hidayah Centre, satu pusat dakwah kepada bukan Islam..
Cara-cara yang diajar dan program-program yang boleh dijalankan bagi menarik bukan Islam kepada Islam diberikan kepada kami agar kami boleh turut menarik bukan Islam kepada agma Suci ini..

Seterusnya kami dibawa ke KIMB, satu syarikat insuran yang berteraskan Islam..
Satu sistem digunakan KIMB yang mana kita boleh melabur, dan menolong umat Islam kerana terdapat beberapa caruman yang akan diagihkan fi sabilillah dan infaq..

Untuk sesi siang ditutup dengan kami dibawa ke pusat Musleh. pusat sekolah MUSLEH diseluruh Malaysia..
Bagaimana sistem tarbiyah diaplikasi sebagai sistem sekolah..

Itulah beberapa pengalaman yang dapat ditimba sepanjang proram.. Ada lagi yang tidak diceritakan, namum apa yang pasti, di waktu cuti ini aku akan ke UIA jua sebab disitulah tempat aku ditarbiyah.. :)