Khamis, 27 Januari 2011

Perjalanan Seorang Murobbi Baru....




Hari rabu (26/1/2011) yang aku tidak harapkan datang jua.... Petang tu aku kene gi SBPI Rawang untuk jadi Naqib bg halaqah sane... mcm study circle kt UIA lh... berhari-hari sebelum hari rabu, puas aku memikirkan apa aku nk smpaikan kt bdak2 nie... aku mne lh reti smpaikn sngt ilmu2 nie... dlam halaqah aku sndri aku ssh sngt nk participate... ni nk wat halaqah sndri.. maut lh aku tempah....

then, ptg yg aku ras nk lari drpdnya tiba jua... abes je klas QPT pkol 5, aku pn balik ke bilik... siap2 sbb pkol 6 aku dh kene berkmpul sbb nk turunkn bahan kepd ank2 buah aku nnti... dgn kaki yang berat, aku g gak ke masjid, classroom 4... dlm prjlnn, aku dpt msej, tukau tmpt... wat kt bilik abg2 nie... kt mahallah zubair... aku ngan rasa berat ptah balik ke kwsn mahallah...

smpinye aku d situ, aku d smbut dgn snyuman... terbakar balik smngt aku bila tau naqib aku pn g gak... sbb naqib2 yg ptot ikot arini ada exam sok nye.. so, abg2 ni gnti jap... disebbkn tu gak.. aku d beri pilihan utk mmilh group halaqah aku... aku p segera mmlih utk mmbwa naqib2 yg bawa form 1.... ptg tu kitowang pn gerak ke SBPI Rawang...

smpi e sane... dh pukol 8... ada sdikit msalh spnjng prjlnn... antre nye jalan jam... kitorang pn solat mghrib n trus wat halah... aku dgn terkial2pd pmbukaan trus gak smpikn ape yg ptot... brmule ngan buke mjlis, then kitoang taaruf ssme kitorang... bdak2 ni mmg bgus sbb repond je ape yg aku suro... selesai taaruf aku pn mule smpikn bahan untuk diri diorg sndri...

bahan yg aku smpikn mngenai sahbt Mus'ab Ibn U'mair... lame gak aku bntng... smpi pkol 9.30 pn x abes lg... then aku sngktkn wktu utk smpikn bhan yg diorg prlu smpikn kpd ank2 buah diorg... iaitu mngenai maarifatur rasul n hadith prtme dlm hadith 40... psal niat.. dlm syok mnympikn,halqah2 en dh pn abes rupenye.. tnggl lh halqah aku sorg... aku pn abeskn cpt2... pstu aku pn ttup mjlis n brsmn ngan budak2 nie... 8 org sume nye ank2 buah aku...

aku pn x sngke aku ada kmmpuan utk mnympikn selame itu... pkol 8.15 gitu smpilh 10.15 gitu... ksian bdak2 nie kene dgr aku mmbebel.. tp muke diorg x nmpk rase mlas pn... diorg ni mmg bgs... x sbar ku n tnggu 2 mnggu lg sbb aku akn smpikn bhn stiap 2 mnggu...

Isnin, 24 Januari 2011

Tayangan Video 5 Bintang yg beri kesedaran...

Bukalah mata wahai sahabt2.. Video ni blum disahkan kesahihannya 100%... Tapi kite boley same2 ambil pngjrn dri video nie... Mcm The Arrival gak....


video

Ahad, 23 Januari 2011

Ujub moden....

disebabkan artikel ini mngenai bnyk perkara yg rmai org ada.. so saya pn mngmbil ksmptn utk post d blog ni.. bce ye...

Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Alllah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat,untuk menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama dari orang lain,berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti " Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia ..."

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh -contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. BLOG & FOLLOWERS

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan ' blogger '. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun followers yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan ' followers ' menyebabkan diri mereka terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya ' followers '. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan ' followers ' atau seronok kerana melihat JUMLAH ' followers ' yang banyak ?

2. ' Like ' di FACEBOOK

Post ' status ' di laman sosial Facebook. Ramai pula yang yang tekan ' like '. Apabila ramai yang ' like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas ! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindak balas yang memberangsangkan pada ' post ' kita di facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen gambar di facebook

Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak , ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian,mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

5. Ramainya Kawan / peminat di Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,malah jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati !

6. Berdakwah di facebook

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah di tengah-tengah rakan facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Yang dibimbangkan di sini,apabila kita berdakwah , kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie !

Jadi, berhati-hatilah dengan hati ! Semoga kita dilindungi Allah drpd penyakit2 hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izin- Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ♥

Dipetik daripada ILUVISLAM ♥

Rabu, 19 Januari 2011

Tunjukilah aku ke jalan REDHAMU....

Astaghfirullah....
Astaghfirullah....
Astaghfirullah....

Hati hiba mengenangkan... Dosa2 yang ku lakukan...

Banyaknya dosa2 yang telah aku lakukan... Bila muhasabah diri balik... Lagho nye aku sekarang nie... Aku banyak lakukan dosa di alam maya dari daosa di alam realiti... Sosialnya aku dengan wanita... Alhamdulillah ada juga kawan2 yg prihatin menegur diri ini bila aku hanyut.... Terima Kasih kepada tuan yang menegur... Sebenarnya inilah fungsi sahabat... bukan hanya berkongsi suka dan duka... tp membimbing kita ke jalan yang benar... Tka kita salah dia membantu kita.... dan jgn kita lupe.. kita bukan sukakan dia kerana sifat2 nya... tapi kerana ALLAH...



Kembalilah kepada luahan hati seorg yg berdosa... Saya sebenarnya kagum kepada soeorg sahabat saya d Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFSIIUM) kmpus Nilai... Die sebilik dgn die pada Sem 1, 2010/2011... Karakternye sederhana tetapi amaln nye lebih baik dari saya.. lebih baik dari kebanykn pelajar Islamic Revealed Knowledge (IRK) itu sendiri.. Bagaimana amalan Qiamulail nye.... Mathuratnya... Puasanya... Tilawah Qurannya.. Masya Allah... menakjubkan... Ingin saja saya jadi sepertinya... tapi dosa2 saya enghalang saya melakukan... Pagi tadi, nekad dah nak bngun Qiamulail... Dah bngundh, tp boley tido balik... Dosa2 tebal dah menutupi Iman yang nipis... Astagfirullah... Moga Allahampunkn dosa saya dan dosa2 kaum muslimin dan muslimat keseluruhannya x kira masih hidup atau sudah meninggal dunia...



Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Aku keseorangan di Bumi IIUM ni... Tidak bersama dngan sahabat2 seperti dulu di bumi Nilai... Imanku terasa menngkat bila di dalam halaqah... tapi di luar halaqah selepas sehari dua.. imanku mula tidahk tentu arah... Terpesong.. cenderung keada maksiat... Tubuh badanku berzina... Bukan zina apa.. Zina mata, mulut, telinga dan macam2 lagi...

Astahfirullah...
Astagfirullah...
Astagfirullah...



Aku cemburu kepada sahabatku yang imannya tinggi itu... Ibadatnya... ya ALLAH.. Kau lembutkan hatiku umtuk melakukan perkara2 Ibadat kepada-Mu... jagalah dan peliharalah diriku ini dari usikan syatan dan hasutannya....

Ameen.....

Selasa, 11 Januari 2011

Persoalan....




Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee… (Isu panazzz…) hehe..

by Hafizul Sobrie on Friday, December 31, 2010 at 10:46am

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.


3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari


5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim


6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21


7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?

selawat~

Cukuplah sekadar di hati...




setiap insan y normal pastinya memiliki cinta di hati..itu semestinya la kn..



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...krn diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..



krn diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..



krn diammu bukti kesetiaanmu padanya ..krn mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...



ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah



krn dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?



dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...



jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... takde la kes frust menonggeng sbb tak ley na trime knyataan n smpai nk cederakn diri kn. (-_-')



(tringat lirik lagu permata y dicari "Ya Allah..jika dia benar milikku tetapkn lah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan milikku..damaiknlh hatiku dgn ketentuanmu"



biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...



* jika menyintai seseorang, sentiasa mendoaknnya walau dye tidak berada di sisi..itu suda memdai =)



sekdar renungan buat diriku jua sahabat2 tecinta.

(p/s bkn sy penulis asal..sy hanya tulis smule dan menambah2 sket ;p)

*copy n paste product

Ahad, 9 Januari 2011

Mukhayyam Bermakna...

Tanggal 7 Jan 2011

sume peserta dh brkmpul kt masjid.. aku je yg ada kt bilik.. wat something... knci jam.. hrp2 trbngun pkol 4.30 utk g qiam skli... kwn2 ku dri Nilai dh ada kt sne... Muhaimin, Nidhal & Mahfuz...

Tanggal 8 Jan 2011

alamak.. dh nk pkol 6.... tgah azan.. kalaulh qiam ada azan.. insya Allah aku dh sedau... ape bley wat.. ngantok sngt.. aku gagahkn diri gak g masjid... nkmjmaah skli kt sne... abes solat, aku g jmpe murobbi tnye psal pkol bpe sesi kdue brgerak... aku x dpt g mukhayyam ontime sbb ada study circle.. stiap attndnce ada mrkh... tp murobbi aku nsihtkn agar g mukhayyam n skip study circle... ktenye ada bnyk slot pntng...

aku wat kptsn.. dri dptkn mrkh dunia.. baik aku g je mukhayyam utk top up mrkh akhirat.. study circle aku pn aku g skip... blik ambk brg then trus nek bas.. bergerak ke ulu yam... berikut abtre prgrm2 yg aku ingt d sne...
-Ice Breaking...
-Slot 1: Zero to Hero
-Jungle Tracking
-War Game
-Rakit Game
-Malam penghayatan Islam
-Slot 2: Mengekalkan momentum diri

sembhyg atas bumi.. itu yang kami lakukan d sane... trase diri kite rndah.. jtuh ego kite sume... kite dri tanah n kpd tanah kita akn d kmblikn...ada lg progrm2 len mcm boikot... profil sahabat... ukuwwah... n bnyk lg... tp yang pling best bile game lh.. n jga time mndi sngai.. sejuk n nyaman... hehehehe.... kitorag ada kene wat prsmbhn... batolion kami mng prsmbhn trbaik psal sakaratul maut... Alhamdulillah... gembirenye kami...

di saat perpisahan pda 9hb 2010, kami berikrar, mnyanyikn lagu tema n juga berpelukan ukuwwah antre kami... bkn saje universiti kami tp dgn ipt lain... moge ukuwwah yg trjalin dpt berkekalan.. Ameen...yg pntng ape2 input yg aku dpat aku nk sedaye upaya praktikkn....