Ahad, 14 Ogos 2011

Cemburu dan Dengki...




Assalamualaikum...
14 Ramadhan 1432 hijriyyah bersamaan 14 Ogos 2011 masihiyyah...

Kai ini ingin ku berbicara tentang Cemburu or jelez dan juga dengki or envy kalau tak silaplah...

Cemburu...
Mengikut definisi yang diberikan seorang sahabat di dalam laman sesawang sosial.
Cemburu bermaksud satu perasaan yang tidak disertakan dengan perbuatan atas apa yang diperolehi orang lain tapi berusaha untuk berbuat sepertimana orang tersebut buat.

Dapat difahami maksudnya kita cemburu akan orang tersebut kerana tidak mampu berbuat sepertimana orang itu membuatnya...

Faham tak ni? hehehe...

Contoh: Sahabat A dapat jadi cikgu sandaran. Sahabat B nak jadi juga cikgu sandaran tapi tak kesampaian. Jadi dia cemburu pada sahabat A dan cuba jadi lebih baik dari sahabat A agar dia turut diterima menjadi guru sandaran.

Manakala definisi Dengki sama juga yang diberikan sahabat di Facebook.

Dengki bermaksud satu perasaan yang disertakan dengan perbuatan atas apa yang diperoleh seseorang.

Maksudnya seoran itu dengki akan kebolehan seseorang yang riada pada die.

Contoh: Sahabat A dapat jadi guru sandaran sebab bapa sahabat A guru besar di sekolah tersebut. Sahabat B dengki dengan sahabat A lalu dia pun putuskan persahabatan antara mereka.

Itulah 2 definisi mudah yang diberikan sahabat saya.

Tuntasnya, cemburu mempunyai kebaikan contohnya, Sahabat A cemburu sahabat B dapat A dalam keputusan peperiksaan. Lalu sahabat B pun berusaha untuk memperbaiki diri dengan belajar bersungguh-sungguh.

Kadang-kadang jua, cemburu boleh bertukar menjadi dengki.

Ingatlah apa yang berlaku pada Iblis. Kerana dengki dan bongkak dia dikeluarkan dari SYURGA. Dengki kepada Nabi Adam kerana dimuliakan Allah sehingga disuruh-Nya semua Malaikat untuk sujud kepadanya.


Tiada ulasan: