Jumaat, 21 Oktober 2011

Nawaitu Hatiku???


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim….

Assalamualaikum para pemilik kepingan-kepingan hati sekalian…

Malam ni di UIAM ada banyak ‘taman-taman syurga’ yang dinaungi sayap para malaikat…

Indahnya malam jumaat…

Kebetulan malam ni juga hujan lebat…

Moga-moga hujan tersebut adalah hujan rahmat dari Allah, Insya Allah…

Terharu aku melihat Forum “Mengesan Gerakan Kristianism di Kampus” (kalau tidak salah) dihadiri ratusan mahasiswa dan mustami’ di SHAS Masjid…

Dalam deraian hujan…

Tapi destinasiku bukanlah ke sana, tapi ke LT 5 untuk menuju ke taman hadith yang disampaikan Ustaz Ishak…

Sesampainya aku di sana dalam keadaan lencun…

Basah bajuku…

Tajuk Kuliah Hadith hari ini adalah Hadith pertama Imam Nawawi iaitu NIAT…

Walaupun sudah berulang kali aku mendengar kupasan hadith tersebut…

Malah aku juga pernah memberi penyampaian berkaitan hadith tersebut…

Tapi, tidak salahkan kalau aku pergi untuk TAZKIRAH diri ini semula…

Aku pernah dengar satu kata-kata tapi dah lupa siapa yang menuturkan kata-kata tersebut…

Lebih kurang begini bunyinya…

“Barangsiapa yang tidak pergi ke satu majlis ilmu dengan niat dia tidak ke majlis ilmu tersebut kerana dia telah pun tahu ilmu tersebut, maka ilmu yang ada pada dirinya itu akan hilang”

Masya Allah… Dahsyat bukan… KEDAHSYATAN NIAT…

Antara POWER nya NIAT…

Kalau kita niat ingin melakukan kebaikan, kita sudah pun memperolehi pahala...

Niatlah yang membezakan adat dan ibadat…

Aku ada soalan…

Apa bezanya kita datang majlis ilmu di masjid-masjid dan juga kelas???

Kedua-duanya memang ilmu…

TAPI!!!

Yang membezakannya keduanya itu adalah HADAF…

Kalau kita datang ke kelas-kelas mungkin niat kita ada sedikit pada nak exam dan lain-lain…

Tapi, kuliah ilmu di masjid ada ke exam??

Ada ke dapat bawa kita kerja gaji mahal-mahal???

Jadi, kalau kita malas nak pergi majlis macam di masjid mesti ada suatu maslah pada tempat NIAT iaitu HATI…

Muhasabahlah kita semua…

Satu peringatan buat diriku dan dirimu jua…

Biarlah yang membezakan kita dengan mereka adalah kita ingin BERUBAH…

Tiada ulasan: