Rabu, 12 Oktober 2011
Yang tak ku sangka-sangka
Assalamualaikum...
Pagi yang redup dan dingin...
Aku cuba untuk tidak melelapkan mata ini...
Rutin harianku setiap pagi telah pun diselesaikan...
Dengan masa lapang ini terdetik pula hati kecil yang kotor ini untuk mencoretkan sesuatu setalah mataku menatap coretan sahabat-sahabat dalam blog masing-masing....
Seperti apa yang aku niatkan ketika mula-mula menubuhkan blog ini, aku niatkan untuk mengisi dada dimensi ini dengan coretan hati dan meluahkan perasaan dan juga perkongsian yang berguna...
Kebelakangan ini aku banyak melihat satu perkara dari sudut yang pandangan berbeza...
Benarlah jika kata-kata seorang sahabatku: " sebuah buku yng anta baca ketika form 1 tak akan sama kefahamannya saat anta baca ketika form 5"...
Kini aku sudah bergelar mahasiswa.. Tapi aku hanya ingin digelar pendahaga ilmu... Penuntut ilmu yang hanya menumpang berilmu dari para ulama'... Siapa yang ngin mengelarkan dirinya sebagai mahasiswa Islam... Mahasiswa IRK (kalau d IIUM)... Tapi kehadiran di kelas masih mempunyai cacat cela yang tidak patut dilakukan...
Dimana dia si pelajar YANG MENJAGA MASA???
Dimana dia si penuntut YANG TEKUN DAN FOKUS DALAM TAALIMNYA???
Terkadang kita hanya belajar kerana belajar...
Tekun dengan assignment dan kuiz...
Tapi tidak menyeimbangkan dengan alam akhirat...
Solat hanya di bilik kerana nak jimat masa buat assignment dan baca untuk kuiz...
Melewatkan solat kerana hal yang kurang penting seperti online dan juga berbual...
Sudahkah kita lupa kepada hadith Rasulullah bila mana seorang sahabat bertanya Rasulullah: Apakah amalan yang paling bagus??? Jawab baginda: Sembahyang pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu bapa dan jihad fi sabilillah....
Jihad fi sabilillah pun berada pada kedudukan terakhir...
Suka untuk dikongsikan apa yang aku pelajari hasil mentoring dengan pelajar-pelajar intake baru IIUM (direct intake)...
"Nak tengok hasil kebaratan dalam sistem pembelajaran??? Contoh kita ambil dalam UIA... Pelajar Kuliah IRK (3 department: Fiqh, Quran Sunnah & Usuluddin) ada dalam 700 orang... Pabila waktu subuh, di masjid sahaja jamaahnya lebih kurang 50 orang dan tak semua jemaah tersebut adalah IRK... Mungkin dalam 20 orang... MANA PERGI LAGI 680 PELAJAR IRK YANG LAIN??? Ye, memang tak disangkal mungkin ada yang solat di surau-surau mahallah... Tapi berkemungkinan tak jika saya kata masih ada yang tertidur di hanyut mimpi di atas katil"...
Terkadang kita tidak sedar, kita tahu yang belajar adalah satu jihad fi sabilillah...
Tapi, jika kita belajar tanpa niat yang betul...
Adakah ia masih digelar jihad fisabilillah...
Belajar tapi mengendahkah kewajipan dakwah...
Mengendahkan kewajipan Amrullah...
Aku pernah bertemu dengan seorang pemilik kedai motosikal di BAtu Caves...
Seorang Melayu dan Muslim...
Walaupun dia cume seorang mekanik, tapi die berkemampuan untuk memberikan aku tazkirah lebih kurang 10 minit...
Sungguh tak disangka...
Ia bermula setelah dia bertanyakan tentang kos aku di UIA...
Kemudian beliau mula berbicara dan berkongsi ilmu yang dipelajari beliau...
TENTANG USULUDDIN dan AKIDAH...
Tak mustahilkan aku katakan beliau lebih 'Alim daripadaku...
Walau tidak mengambil jurusan IRK di UIA, tapi masih hebat dalam ilmunya...
Ada satu kata-kata yang aku nak kongsikan...
"Amat rugilah jika seorang itu berbangga dengan kenderaannya yang mahal atau laju, tapi bila di waktu subuh khususnya ia masih tersadai di garaj-garaj..."
Muhasabahlah semula...
Aku tidaklah seperfect orang lain...
Apa beza kita dan orang lain biarlah kerana kita INGIN BERUBAH...
Yang Suka Menyibuk,
Shark the Great...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
perkongsian yang baik! :))
Syakir dah semakin matang ~
Catat Ulasan