Jumaat, 21 Oktober 2011

Nawaitu Hatiku???


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim….

Assalamualaikum para pemilik kepingan-kepingan hati sekalian…

Malam ni di UIAM ada banyak ‘taman-taman syurga’ yang dinaungi sayap para malaikat…

Indahnya malam jumaat…

Kebetulan malam ni juga hujan lebat…

Moga-moga hujan tersebut adalah hujan rahmat dari Allah, Insya Allah…

Terharu aku melihat Forum “Mengesan Gerakan Kristianism di Kampus” (kalau tidak salah) dihadiri ratusan mahasiswa dan mustami’ di SHAS Masjid…

Dalam deraian hujan…

Tapi destinasiku bukanlah ke sana, tapi ke LT 5 untuk menuju ke taman hadith yang disampaikan Ustaz Ishak…

Sesampainya aku di sana dalam keadaan lencun…

Basah bajuku…

Tajuk Kuliah Hadith hari ini adalah Hadith pertama Imam Nawawi iaitu NIAT…

Walaupun sudah berulang kali aku mendengar kupasan hadith tersebut…

Malah aku juga pernah memberi penyampaian berkaitan hadith tersebut…

Tapi, tidak salahkan kalau aku pergi untuk TAZKIRAH diri ini semula…

Aku pernah dengar satu kata-kata tapi dah lupa siapa yang menuturkan kata-kata tersebut…

Lebih kurang begini bunyinya…

“Barangsiapa yang tidak pergi ke satu majlis ilmu dengan niat dia tidak ke majlis ilmu tersebut kerana dia telah pun tahu ilmu tersebut, maka ilmu yang ada pada dirinya itu akan hilang”

Masya Allah… Dahsyat bukan… KEDAHSYATAN NIAT…

Antara POWER nya NIAT…

Kalau kita niat ingin melakukan kebaikan, kita sudah pun memperolehi pahala...

Niatlah yang membezakan adat dan ibadat…

Aku ada soalan…

Apa bezanya kita datang majlis ilmu di masjid-masjid dan juga kelas???

Kedua-duanya memang ilmu…

TAPI!!!

Yang membezakannya keduanya itu adalah HADAF…

Kalau kita datang ke kelas-kelas mungkin niat kita ada sedikit pada nak exam dan lain-lain…

Tapi, kuliah ilmu di masjid ada ke exam??

Ada ke dapat bawa kita kerja gaji mahal-mahal???

Jadi, kalau kita malas nak pergi majlis macam di masjid mesti ada suatu maslah pada tempat NIAT iaitu HATI…

Muhasabahlah kita semua…

Satu peringatan buat diriku dan dirimu jua…

Biarlah yang membezakan kita dengan mereka adalah kita ingin BERUBAH…

Rabu, 12 Oktober 2011

Yang tak ku sangka-sangka


Assalamualaikum...
Pagi yang redup dan dingin...

Aku cuba untuk tidak melelapkan mata ini...
Rutin harianku setiap pagi telah pun diselesaikan...

Dengan masa lapang ini terdetik pula hati kecil yang kotor ini untuk mencoretkan sesuatu setalah mataku menatap coretan sahabat-sahabat dalam blog masing-masing....

Seperti apa yang aku niatkan ketika mula-mula menubuhkan blog ini, aku niatkan untuk mengisi dada dimensi ini dengan coretan hati dan meluahkan perasaan dan juga perkongsian yang berguna...

Kebelakangan ini aku banyak melihat satu perkara dari sudut yang pandangan berbeza...
Benarlah jika kata-kata seorang sahabatku: " sebuah buku yng anta baca ketika form 1 tak akan sama kefahamannya saat anta baca ketika form 5"...

Kini aku sudah bergelar mahasiswa.. Tapi aku hanya ingin digelar pendahaga ilmu... Penuntut ilmu yang hanya menumpang berilmu dari para ulama'... Siapa yang ngin mengelarkan dirinya sebagai mahasiswa Islam... Mahasiswa IRK (kalau d IIUM)... Tapi kehadiran di kelas masih mempunyai cacat cela yang tidak patut dilakukan...

Dimana dia si pelajar YANG MENJAGA MASA???
Dimana dia si penuntut YANG TEKUN DAN FOKUS DALAM TAALIMNYA???

Terkadang kita hanya belajar kerana belajar...
Tekun dengan assignment dan kuiz...
Tapi tidak menyeimbangkan dengan alam akhirat...

Solat hanya di bilik kerana nak jimat masa buat assignment dan baca untuk kuiz...
Melewatkan solat kerana hal yang kurang penting seperti online dan juga berbual...
Sudahkah kita lupa kepada hadith Rasulullah bila mana seorang sahabat bertanya Rasulullah: Apakah amalan yang paling bagus??? Jawab baginda: Sembahyang pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu bapa dan jihad fi sabilillah....

Jihad fi sabilillah pun berada pada kedudukan terakhir...
Suka untuk dikongsikan apa yang aku pelajari hasil mentoring dengan pelajar-pelajar intake baru IIUM (direct intake)...

"Nak tengok hasil kebaratan dalam sistem pembelajaran??? Contoh kita ambil dalam UIA... Pelajar Kuliah IRK (3 department: Fiqh, Quran Sunnah & Usuluddin) ada dalam 700 orang... Pabila waktu subuh, di masjid sahaja jamaahnya lebih kurang 50 orang dan tak semua jemaah tersebut adalah IRK... Mungkin dalam 20 orang... MANA PERGI LAGI 680 PELAJAR IRK YANG LAIN??? Ye, memang tak disangkal mungkin ada yang solat di surau-surau mahallah... Tapi berkemungkinan tak jika saya kata masih ada yang tertidur di hanyut mimpi di atas katil"...

Terkadang kita tidak sedar, kita tahu yang belajar adalah satu jihad fi sabilillah...
Tapi, jika kita belajar tanpa niat yang betul...
Adakah ia masih digelar jihad fisabilillah...
Belajar tapi mengendahkah kewajipan dakwah...
Mengendahkan kewajipan Amrullah...

Aku pernah bertemu dengan seorang pemilik kedai motosikal di BAtu Caves...
Seorang Melayu dan Muslim...
Walaupun dia cume seorang mekanik, tapi die berkemampuan untuk memberikan aku tazkirah lebih kurang 10 minit...
Sungguh tak disangka...
Ia bermula setelah dia bertanyakan tentang kos aku di UIA...
Kemudian beliau mula berbicara dan berkongsi ilmu yang dipelajari beliau...
TENTANG USULUDDIN dan AKIDAH...

Tak mustahilkan aku katakan beliau lebih 'Alim daripadaku...
Walau tidak mengambil jurusan IRK di UIA, tapi masih hebat dalam ilmunya...
Ada satu kata-kata yang aku nak kongsikan...
"Amat rugilah jika seorang itu berbangga dengan kenderaannya yang mahal atau laju, tapi bila di waktu subuh khususnya ia masih tersadai di garaj-garaj..."

Muhasabahlah semula...
Aku tidaklah seperfect orang lain...
Apa beza kita dan orang lain biarlah kerana kita INGIN BERUBAH...



Yang Suka Menyibuk,

Shark the Great...

Rabu, 5 Oktober 2011

Islam 20 tahun....




Assalamualaikum...


Wahai jiwa-jiwa yang mengESAkan ALLAH...

Duhai jiwa-jiwa yang dhagakan keREDHAAN ALLAH...


Jika ditanya tentang umur...

Berapa lamakah kita telah menumpang di bumi ALLAH SWT???

Berapa gelen udara yang kita telah sedut???

Berapa banyak nikmat tuhankah yang telah kita guna???


Islamkah kita???

Berapa kualitikah SYHADAH yang kita sering ucapkan???

Sekarang muncul satu ideologi yang mengatakan yang ramai ummat ISLAM hanya ISLAM pada NAMA...

Adakah kita salah seorang daripadanya???


Suka untuk dikongsikan di sini...

Aku bersama beberapa jiwa-jiwa suci duduk berbincang tentang TAUHID...

Bayangkan, jika datang seorang kafir yang berminat untuk mengetahui tentang ALLAH...


Maka dia bertanya...

Wahai Muslim, kau percaya tuhan itu ada....

Apakah buktinya???


Berfikirlah sejenak..

Jika aku sendiri dilontarkan soalan begitu, belum pasti aku tidak tergagap menjawab...

Aku seorang mahasiswa bidang Usuluddin dan Perbandingan agama...

Malah aku adalah Insan bergelar muslim selama 20 TAHUN...

Muhasabah..

Apakah kita ini muslim ikut-ikutan???

Kita ISLAM kerana Ibu Bapa kita ISLAM???

Tapi kita tiada usaha langsung untuk mendekati ISLAM..

Dengan keadaan inikah kita mengharapkan SYURGA ALLAH???

Dengan keadaan inikah kita mengharapkan permintaan kita diqabulkan???


Berubahlah...

Transformasikan diri..

Jadilah lebih baik...

Janganlah ISLAM setakat pada I/C...



Bittaufiq Wal Hidayah Minallah...
Allahu Rabbi... :)


p/s: sekadar peringatan buat diri ini yang sering terlupa...

Khamis, 29 September 2011

Matlamat yang Jelas....

Assalamualaikum...

Dah minggu ketiga dah sesi pembelajaran du UIAM Gombak...

Selama itu juga aku cuba mengekalkan imej sebagai Anak, Abang, Kawan, Muslim, Dai'e dan juga Hamba Allah...

Seriusly beberapa hari ini aku rasa feel semacam je... maaflah sebab entry kali ini aku meluahkan perasaan yang terpendam plak... Maklumlah kawan-kawan aku tak baca pun blog aku yang sebijik ni.. Hehehe...

Firtsly bermula bile aku start demam... nak kate demam pun tak... Dalam kelas tetibe rasa mengantuk yang tak dapat ditahan... Memeang aku boleh dikirakan tidurlah dalam kelas tu... 2 kelas aku x fokus...

balik je bilik aku ingat nak tido... Masa tu lepas asar.. Aku tak suke sangat tidur lepas Asar... Tapi aku cuba juga lelapkan mata.. Kawan aku kata sebab aku tak cukup tidur.. Maklumlah aku ni dah lah aktif, pastu x cukup tidur... Tapi badan aku panas semacam... Aku pun wat kesimpulan aku demam sebab beberapa hari yang lepas aku meredah hujan balik ke bilik...

Next day, aku sihat macam biasa... Alhamdulillah mutabaah ibadah aku ok je sepanjang minggu tu.. tapi hati dan perasaan je yang agak runsing... Adei, masalah betollah kan... Aku try cari solution dengan cuba melakukan ibadah tambahan... Doakan aku jadi seperti dahulu...

Thabbit Hadhafi ila Mardhatillah wa Khair... :)

Sabtu, 24 September 2011

Study Lillahi Taala


Assalamualaikum...
Jauhnya aku dari semalam...
Dekatnya aku dengn kematian...
Bodohnya aku pada hari esok...

Apa khabar semua para pencinta ilmu...
Agak lama aku x berkongsi pendapat dan pandanganku dalam blog ini yang berbentuk ilmiah...
Jadi, kali ini fikiranku cuba untuk membawaku terbang meyelongkar satu perkara yang amat lazim yang berlaku dalam kehidupan manusia keseluruhannya...

Semua tahu akan hukumnya belajar... Tapi ramai yang tak tahu yang mereka boleh masuk syurga dengan belajar... Kalau bab dalil wajibnya belajar, sabda Nabi Muhammad mafhumnya:

"Menuntut ilmu fardhu bagii setiap individu muslim"

Semua orang juga tahu akan kebenaran bahawa setiap perbuatan boleh dijadikan ibadah dengan niat... Tapi kalau perkara jahat atau maksiat kepada Allah semestinya berdosa dan termasuk dalam maksiat bukannya ibadat...

Contohnya, tidur dengan niat kerana Allah, niat untuk berehat supaya dapat mneyambung beribadat kepada Allah adalah ibadat... Berbeza dengan tidur seorang kafir...

Jadi, apa kaitan dengan tajuk yang terpampang di awal kertas maya ini???

Belajar kerana Allah... Difikirkan kembali, muhasabah semula...

APAKAH KITA BELAJAR SEKRANG INI KERANA APA???

Mesti ramai yang akan menjawab ibadat dan fardhu... direnungkan kembali, adakah ibadat yang dikejar kita? Atau kita belajar kerana hendakkan kepada CGPA yang tinggi untuk mendapat kerja yang bagus-bagus. Nanti akan begaji tinggi.

Ingatlah, belajarlah kerana Allah.. Nescaya kita tak akan kecewa kepada keputusan yang kita terima... Kalau pelajaran kita mendapat kejayaan cemerlang, itu adalah satu bonus bagi kita... Tapi keutamaan kita adalah LILLAHI TAALA...

Allah tak lihat pada sesuatu natijah (keputusan atau hasil), Tapi Allah lihat pada kesungguhan dan ketekunan kita lakukan satu pekerjaan...

Agaknya tidak terlambatlah bagi mereka yang dalam sesi pembelajaran untuk membetulkan niat kita semula....