Jumaat, 25 November 2011

Sama ada menekan, ditekan atau tertekan???


Assalamualaikum...
Waduh, pendek kate sekarang aku sibuk sesangat...
Maklumlah dah lepas Mid Sem...

What i need to cover is:
1) Mid Term Ethics (30/11)
2) Assignment Individual Ethics (30/11)
3) Assignment Dirasat 90 % siap
4) Power Point Tilawah
5) Assignment Group Ethics
6)Assignment Usul Fiqh
7) 5 surah untuk Dirasat
8) 2 lagi surah untuk Tilawah 1

Dan dengan semua kesibukan ini tak lupe kene wat perkara sampingan seperti main game (stress), mutabaah harian dan mingguan, silaturrahim dan macam2 lagi...

So, how to be tawazun???
Setiap orang ada cara tersendiri...

Ada yang walau sibuk macam mana pun tetap slumber je main game (macam aku)...
Bagi aku, wat satu keje biarlah berkualiti...
Jangan terlalu stress, kelak diri kita yang merana...
Dont put too too too much burden within urself...
Sometime urself need to rest...
Kan kan???

Tapi jangan terlalu relax...
Everytime main je game...
Facebooking...
Tiduring...

Thats Y we need to be TAWAZUN...
Kita perlu Dunia..
Kita perlu Akhirat...
Dan antara 2 itu kenalah seimbang...

Ambik Dunia tinggal Akhirat...
Ambik Akhirat sampai tinggal dunia...
Jangan lupa, Dunialah tempat bercucuk tanam...
Kat Akhirat baru dapat tengok hasilnya...

Seriusly, cara saya belajar mungkin sangat berbeza nagn orang lain...
Jika saya ditekan, saya akan jadi lebih proaktif...
I can finish an assignment within one night...
The Quality is moderate...
I read the book night before the exam (Dont Try This at Home)...

Ramai yang kate, bolehlah Syaakir otak ko pandai...
Fresh...
I said no...
We must psycho the mind...
Make it follow our order...
Make it think faster...
Cukup kite bagi 'die' rehat tanpa berkerja...
Sekarang kita nak exam kita biar die kerja...

Apa yang nak saya tekankan juga about Study Smart and Study Hard....
The formula is like, Study Smart lebih organize dari Study Hard...
Study Hard keputusannya ialah memenatkan diri kita sendiri saja....

Another one...
Apa yang lebih penting???
Faham atau Hafal???
Kalau kita setakat Hafal tanpa kefahaman, itu bukan Proses Belajar namanya...
Betul???
Setuju???

Akhir kalam...
Be Professional....
Take the time to understanding your body and mind...

Apa yang membezakan kita adalah kita ingin BERUBAH...

Sincerely,
Muhammad Syaakir Lee...

Khamis, 3 November 2011

Sakitnya Semester 1...


Assalamualaikum...

Lama dah tak tulis entri baru dalam dada halaman ini...
Apa khabar diri-diri yang sibuk ber'exam'...
Maklumlah minggu-minggu mid-sem di universiti baru saja menjengah...
UIAM pun sama gak...

Tapi bagi diriku macam tak exam je...
1 minggu 1 paper...
Lagi 3 paper ada lepas Cuti Mid-Sem...
Maknaya, minggu tu aku tak raya dab cutilah kan...
Sibuk mengulangkaji dan juga tak lupa nak menyiapkan beberapa assignment yang tak sudah...

Subjek yang aku ambik sem ni tak banyak mana pun...
Adalah dalam 6 matapelajaran...
Nak tahu tak???

1. Tilawah 1
- Subjek ni aku nak ambik masa aku sem pertama lagi kat UIA ni... Tapi tak boleh add sebab dah penuh... Aku kan jenis pemalas nak add manual... So aku baru ambik sem ni... Komen aku kat subjek ni, agak susah sebab kena hafal juz 30... Memang aku dah hafal lebih dari separuh juz 30... Tapi, yang kene tasmik nye start belakang iaitu surah naba'... Setakat tilawah dengan tajwid Insya Allah x de masalah... ada satu assignment...

2. Madkhal ila Usul Fiqh
- Aku suka subjek ni... Walaupun aku dibawah major Usuluddin... Ustaz yang mengajar subjek ni juga terbaik.. Ustaz Sobri namanya... Aku faham je ape yang diajarnya... Dan saru lagi, senang je tugasan yang diberi... Cume beberapa homework, group assignment dan exam yang just letak betul atau salah.... Cume kata orang markah dia susah sebab jawapan final yang dia nak kene base on buku...

3. Islamic Ethic
- Memang aku susah faham subjek ni sebab ustaz yang mengajar aku adalah ustaz Yaman... Kurang faham lah mula-mula kelas tu.. Sekarang bertambah baik cara atau teknik penyampaian die... Dari segi markah atau carry mark, Uztaz ni bagi exam mid, satu assignment dan musyarakah... Ok je.. Tapi kena usaha lebih dalam memahami konteks... Assignment die je aku tak de idea nak wat camne... Aish...

4. Islamic Aqidah
-Pergh.. Pada mulanya aku rasa malas je nak gi kelas ustazah ni... Tapi, lama-kelamaan, aku rasa ok je ustazah ni... Cume markah yang diberikan agak strict... kena base on apa dia syarah.. So, dalam kelas tu korang kena rajin menyalin note... Dari segi markah, just ada 3 exam dalam kelas, satu lagi musyarakah... Tu je...

5. Dirasat Mukhtarat minal Quran
- Bagi subjek ni just banyak kena hafal lah.. Ngan mufradat nye lagi... Surah tasmik... Agaknya aku tak dapat nak tasmik awal-awal... Habiskan Tilawah dulu baru hafal 5 surah bagi subjek ni... Surah agak panjang gaklah... Mujadalah, Hasyr, Juma'h, Mulk ngan Soff... 2 surah je kene hafal... yang lagi 3 kena ingatkan balik je.. Alhamdulillah... Dan satu lagi kena buat assignment.. Nasib baik agak senang je assignment nya.. Just, banyak benda nak kena wat... satu lagi kena mid term...

6. Modern Muslim Thinkers
- Subjek yang best.. Membahaskan tentang tokoh-tokoh pemikiran yang di era baru... N nak carry mark pun senang... Ada short presentation ngan mid term.. Satu assignment compailation dari short-short presentation yang kami buat...

Pendek kate agak sakit gak lah dari bab hafalan... Adei, cume apa yang perlu diingat adalah kesah Waqi' dan juga Imam Syafei...

(( Berjumpe Imam Syafei' dengan Syeikh Waqi' iaitu gurunya... Berkata Imam Syafei'... Wahai Syeikhku, kebelaknagan ini hafalan ku makin lemah... Jawab Waqi': Ilmu itu cahaya, dan cahaya tak akan masuk ke dalam hati-hati yang kotor....))

Apa maksiat yang Imam Syafei' buat sampai hafalan dia lemah???
Imam Syafei' cume terpandang aurat wanita iaitu tapak kaki ketika berjalan di pasar...
Ada riwayat mengatakan terpandang betis...
Lihat!!! Cume itu sahaja...
Kita??? Tidak puas terpandang malah menatap...

Sucikan hati kita...
:)

Ingatlah yang membezakan kita dengan yang lain adalah kita ingin berubah...
Wasalam...

Yang mengingati dirinya sendiri,

Muhammad Syaakir Bin Mohd Ridzuan Lee...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Nawaitu Hatiku???


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim….

Assalamualaikum para pemilik kepingan-kepingan hati sekalian…

Malam ni di UIAM ada banyak ‘taman-taman syurga’ yang dinaungi sayap para malaikat…

Indahnya malam jumaat…

Kebetulan malam ni juga hujan lebat…

Moga-moga hujan tersebut adalah hujan rahmat dari Allah, Insya Allah…

Terharu aku melihat Forum “Mengesan Gerakan Kristianism di Kampus” (kalau tidak salah) dihadiri ratusan mahasiswa dan mustami’ di SHAS Masjid…

Dalam deraian hujan…

Tapi destinasiku bukanlah ke sana, tapi ke LT 5 untuk menuju ke taman hadith yang disampaikan Ustaz Ishak…

Sesampainya aku di sana dalam keadaan lencun…

Basah bajuku…

Tajuk Kuliah Hadith hari ini adalah Hadith pertama Imam Nawawi iaitu NIAT…

Walaupun sudah berulang kali aku mendengar kupasan hadith tersebut…

Malah aku juga pernah memberi penyampaian berkaitan hadith tersebut…

Tapi, tidak salahkan kalau aku pergi untuk TAZKIRAH diri ini semula…

Aku pernah dengar satu kata-kata tapi dah lupa siapa yang menuturkan kata-kata tersebut…

Lebih kurang begini bunyinya…

“Barangsiapa yang tidak pergi ke satu majlis ilmu dengan niat dia tidak ke majlis ilmu tersebut kerana dia telah pun tahu ilmu tersebut, maka ilmu yang ada pada dirinya itu akan hilang”

Masya Allah… Dahsyat bukan… KEDAHSYATAN NIAT…

Antara POWER nya NIAT…

Kalau kita niat ingin melakukan kebaikan, kita sudah pun memperolehi pahala...

Niatlah yang membezakan adat dan ibadat…

Aku ada soalan…

Apa bezanya kita datang majlis ilmu di masjid-masjid dan juga kelas???

Kedua-duanya memang ilmu…

TAPI!!!

Yang membezakannya keduanya itu adalah HADAF…

Kalau kita datang ke kelas-kelas mungkin niat kita ada sedikit pada nak exam dan lain-lain…

Tapi, kuliah ilmu di masjid ada ke exam??

Ada ke dapat bawa kita kerja gaji mahal-mahal???

Jadi, kalau kita malas nak pergi majlis macam di masjid mesti ada suatu maslah pada tempat NIAT iaitu HATI…

Muhasabahlah kita semua…

Satu peringatan buat diriku dan dirimu jua…

Biarlah yang membezakan kita dengan mereka adalah kita ingin BERUBAH…

Rabu, 12 Oktober 2011

Yang tak ku sangka-sangka


Assalamualaikum...
Pagi yang redup dan dingin...

Aku cuba untuk tidak melelapkan mata ini...
Rutin harianku setiap pagi telah pun diselesaikan...

Dengan masa lapang ini terdetik pula hati kecil yang kotor ini untuk mencoretkan sesuatu setalah mataku menatap coretan sahabat-sahabat dalam blog masing-masing....

Seperti apa yang aku niatkan ketika mula-mula menubuhkan blog ini, aku niatkan untuk mengisi dada dimensi ini dengan coretan hati dan meluahkan perasaan dan juga perkongsian yang berguna...

Kebelakangan ini aku banyak melihat satu perkara dari sudut yang pandangan berbeza...
Benarlah jika kata-kata seorang sahabatku: " sebuah buku yng anta baca ketika form 1 tak akan sama kefahamannya saat anta baca ketika form 5"...

Kini aku sudah bergelar mahasiswa.. Tapi aku hanya ingin digelar pendahaga ilmu... Penuntut ilmu yang hanya menumpang berilmu dari para ulama'... Siapa yang ngin mengelarkan dirinya sebagai mahasiswa Islam... Mahasiswa IRK (kalau d IIUM)... Tapi kehadiran di kelas masih mempunyai cacat cela yang tidak patut dilakukan...

Dimana dia si pelajar YANG MENJAGA MASA???
Dimana dia si penuntut YANG TEKUN DAN FOKUS DALAM TAALIMNYA???

Terkadang kita hanya belajar kerana belajar...
Tekun dengan assignment dan kuiz...
Tapi tidak menyeimbangkan dengan alam akhirat...

Solat hanya di bilik kerana nak jimat masa buat assignment dan baca untuk kuiz...
Melewatkan solat kerana hal yang kurang penting seperti online dan juga berbual...
Sudahkah kita lupa kepada hadith Rasulullah bila mana seorang sahabat bertanya Rasulullah: Apakah amalan yang paling bagus??? Jawab baginda: Sembahyang pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu bapa dan jihad fi sabilillah....

Jihad fi sabilillah pun berada pada kedudukan terakhir...
Suka untuk dikongsikan apa yang aku pelajari hasil mentoring dengan pelajar-pelajar intake baru IIUM (direct intake)...

"Nak tengok hasil kebaratan dalam sistem pembelajaran??? Contoh kita ambil dalam UIA... Pelajar Kuliah IRK (3 department: Fiqh, Quran Sunnah & Usuluddin) ada dalam 700 orang... Pabila waktu subuh, di masjid sahaja jamaahnya lebih kurang 50 orang dan tak semua jemaah tersebut adalah IRK... Mungkin dalam 20 orang... MANA PERGI LAGI 680 PELAJAR IRK YANG LAIN??? Ye, memang tak disangkal mungkin ada yang solat di surau-surau mahallah... Tapi berkemungkinan tak jika saya kata masih ada yang tertidur di hanyut mimpi di atas katil"...

Terkadang kita tidak sedar, kita tahu yang belajar adalah satu jihad fi sabilillah...
Tapi, jika kita belajar tanpa niat yang betul...
Adakah ia masih digelar jihad fisabilillah...
Belajar tapi mengendahkah kewajipan dakwah...
Mengendahkan kewajipan Amrullah...

Aku pernah bertemu dengan seorang pemilik kedai motosikal di BAtu Caves...
Seorang Melayu dan Muslim...
Walaupun dia cume seorang mekanik, tapi die berkemampuan untuk memberikan aku tazkirah lebih kurang 10 minit...
Sungguh tak disangka...
Ia bermula setelah dia bertanyakan tentang kos aku di UIA...
Kemudian beliau mula berbicara dan berkongsi ilmu yang dipelajari beliau...
TENTANG USULUDDIN dan AKIDAH...

Tak mustahilkan aku katakan beliau lebih 'Alim daripadaku...
Walau tidak mengambil jurusan IRK di UIA, tapi masih hebat dalam ilmunya...
Ada satu kata-kata yang aku nak kongsikan...
"Amat rugilah jika seorang itu berbangga dengan kenderaannya yang mahal atau laju, tapi bila di waktu subuh khususnya ia masih tersadai di garaj-garaj..."

Muhasabahlah semula...
Aku tidaklah seperfect orang lain...
Apa beza kita dan orang lain biarlah kerana kita INGIN BERUBAH...



Yang Suka Menyibuk,

Shark the Great...

Rabu, 5 Oktober 2011

Islam 20 tahun....




Assalamualaikum...


Wahai jiwa-jiwa yang mengESAkan ALLAH...

Duhai jiwa-jiwa yang dhagakan keREDHAAN ALLAH...


Jika ditanya tentang umur...

Berapa lamakah kita telah menumpang di bumi ALLAH SWT???

Berapa gelen udara yang kita telah sedut???

Berapa banyak nikmat tuhankah yang telah kita guna???


Islamkah kita???

Berapa kualitikah SYHADAH yang kita sering ucapkan???

Sekarang muncul satu ideologi yang mengatakan yang ramai ummat ISLAM hanya ISLAM pada NAMA...

Adakah kita salah seorang daripadanya???


Suka untuk dikongsikan di sini...

Aku bersama beberapa jiwa-jiwa suci duduk berbincang tentang TAUHID...

Bayangkan, jika datang seorang kafir yang berminat untuk mengetahui tentang ALLAH...


Maka dia bertanya...

Wahai Muslim, kau percaya tuhan itu ada....

Apakah buktinya???


Berfikirlah sejenak..

Jika aku sendiri dilontarkan soalan begitu, belum pasti aku tidak tergagap menjawab...

Aku seorang mahasiswa bidang Usuluddin dan Perbandingan agama...

Malah aku adalah Insan bergelar muslim selama 20 TAHUN...

Muhasabah..

Apakah kita ini muslim ikut-ikutan???

Kita ISLAM kerana Ibu Bapa kita ISLAM???

Tapi kita tiada usaha langsung untuk mendekati ISLAM..

Dengan keadaan inikah kita mengharapkan SYURGA ALLAH???

Dengan keadaan inikah kita mengharapkan permintaan kita diqabulkan???


Berubahlah...

Transformasikan diri..

Jadilah lebih baik...

Janganlah ISLAM setakat pada I/C...



Bittaufiq Wal Hidayah Minallah...
Allahu Rabbi... :)


p/s: sekadar peringatan buat diri ini yang sering terlupa...