Rabu, 8 September 2010
Masya Allah...
Pada
satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan
terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam
kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak
bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih,
memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat
menghapuskan kepedihan yang
sedang membelenggu hidupnya.
Dia
melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya
pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan
‘silakan
masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah
masuk sambil kepalanya terus
tertunduk.
Air
matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya,
doakan
saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa
keji saya,” “Apakah dosamu wahai
wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,”
jawab
wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
Lalu
wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa
terangkat,
hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari
penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung
saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis
sekuat-kuat hati.
Mata
Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik,
“Perempuan jahat,
nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak
jatuh ke dalam rumahku kerana
perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana
jijik.
Mendengar
herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang
hancur luluh.
Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya
amat memilukan. Dia terfikir ke mana
lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya,
bagaimana
pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar
dosanya dan jahat
perbuatannya.
Tetapi
dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa
Nabi
Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang
hendak
bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada
dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi
Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari
kekejian wanita penzina
dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih
besar daripada perempuan yang nista
itu?”
“Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah
itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang
yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa
menyesal. Orang itu dosanya
lebih besar daripada
seribu kali berzina.”
Mendengar
penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk
menghadapnya
semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan
kepada Allah
S.W.T untuk wanita itu.
Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa
penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang
itu tidak
wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan
menganggap remeh
perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk
mengatur
dan memerintah hambaNya.
Sedangkan
orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh
bererti masih
mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan
berada di jalan
ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan