Ahad, 11 September 2011
Kembali ke "Taman Budi dan Ilmu"
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Diri ini sudah pun menjejakikan tayar motornya ke bumi UIAM, Gombak semula... Pelbagai perasaan bercampur-baur di dalam hati ini... Gembira pun ada, rindu pun ada, malas pun ada... Bak kata orang memang tak keruan hatiini pada saat itu...
Mak ku berkata pada malam sebelum aku akan berangkat: " Kau ni betul ke nak balik esok nie?"...
Mana tak nya tidak dia biang begitu... Beg pun baru separuh berkemas... Malasnya aku nak balik, hanya Tuhan je yang tahu... Esok paginya yang aku dijadualkan bertolak hujan... barang-barang yang tak dikemas aku tangguhkan lagi masa berkemasnya...
Selepas solat Zohor baru aku mula berkemas dengan serius... Jam 2.30 petang menjadi sasaran aku untuk bertolak... Tup tup... Pukul 3.30 petang juga baru aku bertolak... Berbekal doa daripada keluarga dan juga wang untuk mengisi minyak motorku, aku bergerak ke Jalan lama-Jalan Bukit Kechil-Bukit Rambai-Bertam-Lebuh AMJ-Tol Simpang Ampat-Lebu Raya Utara Selatan...
Lama sungguh aku tak berada di lebuh raya... Terjadi beberapa insiden yang memungkinkan aku kemalangan, tapi Alhamdulillah aku dijaga Allah... Antaranya, brek mengejut untuk mengelak monyet, kereta brek mengejut kerana sesak, kereta membolek secara tiba-tiba untuk menukar lorong dan juga kesalahan sendiri iaitu mencilok-cilok ketika trafik sesak...
Sampainya aku di UIAM, jam menunjukkan lebih kurang 6.15 petang... Aku terserempak dengan beberapa sahabat lamaku di Pusat Asasi UIAM Nilai... Gembira aku untuk kembali ke UIAM...
"Selamat Datang kepada semua kawan-kawan dan juga intake baru UIA"
"Selamat Kembali buat mereka yang senior"
Moga sem ini akan membuahkan satu kejayaan besar... :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
baguslah tu awak.
moga semangat berkekalan..
jangan jadi malas3 ya. doakan sahabat di sini jga
Insya Allah... same2 kite mnuju kejayaan.. :)
Catat Ulasan