Selasa, 5 Januari 2016
Everything is NEW!!!
Alangkah terkejutnya aku..
Mana tak nya..
Last post Oktober 2012..
Cepat sungguh masa berlalu..
Terasa ibarat baru semalam log in komputer IRK Lab..
Menaip sedikit teks ke dalam blog ini..
Sementara menunggu kelas yang berikutnya..
Dan disebelahku seorang sahabat lama..
Hakikatnya,
Ade seseorang yang mengingatkanku..
Kepada blog dan penulisan lamaku..
Mengajak bersama menghidupkan blog yang kesepian..
Sungguh, manusia itu memang pelupa..
Memberi alasan sibuk sana sini..
Walhal diri itu penuh dengan rasa malas..
Rasa malas yang tak bertepian..
Allahu Rabbi..
Ingatkan jika ku lalai..
Ingatkan jika ku lupa..
Ingatkan jika ku alpa..
Sungguh, aku kagun dengan ketentuan Allah..
Aku sekarang berada dalam suasana yang sangat baru..
Biah yang sangat berbeza..
Everthing is NEW!!!
Sapa pernah terfikir dan menyangka...
Seorang Syaakir Lee akan ke Terengganu?
Master dalam Sains Pengurusan?
Hidup berkeseorangan?
2015 melabuhkan tirai..
2016 menampakkan bayang..
Untuk 2016 ini bermacam perkara akan berlaku..
Sama seperti 2015 yang lalu..
Persoalannya,
Adakah akan menjadi seperti yang lepas?
Atau lebih baik dari yang lepas?
Atau jadi teruk dari yang lepas?
Ayuh bersama kuatkan kaki..
Hidup dalam tarbiyyah diri..
Kumpul segala keringat yang ada..
Untuk menempuh segala ranjau yang menimpa...
Laungkan..
Jeritkan..
Teriakkan..
AKU INGIN KUAT!!!
Welcome 2016...
Isnin, 22 Oktober 2012
Masa Rehat Selamanya...
Alhamdulillah..
Tegah hari td telah pun menjejaki kaki ke rumah...
Di sambut senyuman abah, emak...
Adik-adik sibuk bertanya itu ini...
Azam nak berbakti di rumah...
Membantu apa yang patut...
Menyelesaikan amanah PELAJARAN...
Melunaskan hutang-hutang DAKWAH...
Memang benar...
Cuti yang panjang ada baik buruknya...
Sekarang UIAM dah pun memasuki cuti pertengahan semester...
2 bulan pertama sudah pun melabuhkan tirai...
Tiada alasan lagi untuk aku berhujah "belum dapat momentum"...
Momentum...
Alasan aku selama ini..
Bila ditanya tentang study...
Aku jawab, "belum dapat momentum"..
Bila ditanya tentang dakwah..
Aku jawab, "belum dapat momentum"..
Weh..
Ingat Momentum akan datang sendiri???
Momentum perlu diberi FORCE...
Wake Up lah...
Dakwah tak pernah memerlukan kita..
Kita yang perlu pada DAKWAH..
Aku sering terlupa..
Menjadikan maksiat yang aku buat alasan untuk aku jauh dari ikhwah..
Apa aku dah buat nie???
Aku memerlukan sesorang membimbing aku kembali..
Akh yang sering meniup kata semanagat kini sibuk...
Meningkatnya dia dalam dakwah, menambah jua beban dakwah yang perlu dipikul..
Aku ingin membantu..
Apakan daya aku..
Aku cuma seorang yang hilang Momentumnya..
Konflik makin bertambah..
Ujian datang menerpa..
Kalau tiada sahabat yang baik..
Nescaya aku lari dari realiti...
Dakwah...
Keluarga..
Diri..
Pelajaran..
AGAMA...
Yang mana prior??
Aku keliru...
Terkadang terlebihkan diri dari segalanya..
Terkadang semangat hingga mengabaikan yang lainnya..
Sumber kekuatan...
Di mana???
Ya..
ALLAH Azza Wa Jalla..
Tekad...
Cuti ini mengatur gerak kerja semula..
Menyusum Tanzim yang lebih teratur..
Menyelesaikan sume benda yang tergendala..
Maaf sahabat semua..
Jika ape yang berlaku sepanjang 2 bulan yang lalu amat menyusahkan kalian..
Doa di pinta agar aku menjadi kuat..
Menggarap sepenuh tenaga untuk menCIPTA momentun sendiri...
AGAR TENANG DI 'MASA REHAT' SELAMANAYA...
[Syurga yg dicari...]
-Muhammad Syaakir Bin Mohd Ridzuan Lee
Isnin, 10 September 2012
Sem Baru Dengan Pelajar Baru
Sem 1 2012/2013
Pengajaran, Ketekunan dan Perlaksnaan...
Belajar untuk diajar dan mengajar untuk belajar...
Semua pengalaman aku gapai dalam selaman ke dasar Permulaan Sem IIUM...
Aku dok jadi Taaruf Week Intake pelajar baru..
Moga ape yg baik dapat aku sandarkan sebagai pengalaman..
Yang buruk aku mohon Allah ampunkan dan aku akan Insya Allah jadikan sebagai tauladan...
Sekarang permulaan sem yang baru..
Saat aku memulakan langkah dakwah yang selama ini berehat panjang...
Aku berazam ingin jadi lebih baik dari semalam..
Doakan agar diri ini jadi baik dan membaikkan.. Insya Allah... :)
Rabu, 1 Ogos 2012
Saat Itu...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah malam Ramadhan ke 12...
Moga aku bernyawa samapailah abes Ramadhan terakhir..
Aku nak cuba mengapai Al-Qadar..
Entah Ramdhan yang lepas sempatkan aku beribadat pada malam itu???
Waalahu A'lam...
Entah kenapa,
aku sering terimbau kenangan dahulu..
macam tiba-tiba dimainkan semula di benak kepala aku..
Salah satunya kenangan mengajar Al-Quran anak-anak kampung..
Saat aku abes PMR..
Pak Dik ku (sebab mak pnggil adik, so kitorang tambah pak) minta aku mengajar sepupuku mengaji...
Tapi, lama kelamaan setelah kawan akak ku minta ajar adiknya, satu kampung dah taw aku ngaja ngaji...
Mula-mula 2 (sepupu) + 1 (adik kawan akak) + 2 (anak tokey kedai makan dekat ngan rumah) + 3 (cucu kawan atok) + 2 (jiran cucu kawan atuk yg td)...
Ketika aku bermula, aku berada di tingkatan 4..
Tapi, di saat aku tingkatan 5, aku mulai frust..
Mengimbangi 2 perkara dalam 1 masa memang sukar...
Aku sering keluar rumah seawal sebelum 6.45 pg untuk menunggu pengangkutan awam..
Pulang ke rumah lebih kurang hampir 3.30 ptg...
Rehat sebentar kemudian mengajar ngaji selepas asar...
Lama kelamaan aku rasa penat..
Aku mulai marah-marah ketika mengajar..
Salah sikit ditengkingnya mereka (sian diorang)..
maklumlah, darah muda.. PANAS... :)
Kini,
Aku teringat kembali..
Mengimbau saat lebih awal..
Siapa yang mengajar aku ngaji sampai kenal alif ba ta???
Mohd Ridzuan Lee...
Itulah dia guru ngaji ku...
Bukan aku sahaja..
Malah dia dipanggil beberapa kawannya utk mengajar ngaji di rumah mereka...
Ya..
Ayahku seorang Muallaf..
Tapi aku kagum kerna walau baru memeluk agama Islam..
Dia gigih menuntut ilmu Al-Quran..
Bukan saja tajwid dikuasainya..
Malah sehingga peringkat tarannum Al-Quran...
Bilang saja lagu ape yg dia belum kuasai???
Bayati? Nahwand? Sikah? Jiharkah? Hijjaz?
Insya Allah sume mampu dialunkan dia...
Selalu juga dia menyertai Tilawah Al-Quran peringkat saudara baru..
malah pernah saja mewakili Melaka dalam Tilawah Al-Quran peringkat saudara baru...
Aku mengaji...
Aku berharap ayahku dapat juga pahala aku mengaji..
mana kan tidak, bukankah ilmu yg menfaat tak kan putus pahalanya meskipun telah meninggal dunia?
Saat ini..
Ayah ku masih cekal mengharung malam ke rumah anak muridnya..
Sudah berapa ramai mereka khatam hasil didikan ayahanda..
Moga pahalanya kekal dicatit di buku amalan... :)
Aku mahu rajin mengaji Al-Quran...
Kerna Allah (kata-kata tuhanku)..
Kerna Rasul (pembawa risalah)..
Kerna Ayahku (Guru hidup matiku)...
Moga pahala Tilwahku dipandang Allah dan dilipat gandakan.. Amin..
Khamis, 26 Julai 2012
Ramadhan dan Tarbiyahnya...
Ada yang mengalukannya dengan perasaan lapang dan gembira..
Mereka sambil berkata "Ahlan ya Ramadhan"..
Ada juga yang rasa serba tak kena..
Kene pose, panas dan sebagainya...
Teringat pula sabda Baginda Muhammad mafhumnya:
Selasa, 26 Jun 2012
Cuti-Cutian..
Cuti untuk UIAM dah lama dah start..
Dan juga dah 2 hari berakhir, tp aku kini melepaskan beban belajar formal untuk duduk bersama masyarakat..
Cuba membina hubungan dengan masyarakat kampung termasuklah keluarga..
Maklumlah semakin mendekati zaman pertengahan di bumi UIA, banyak tugasan tersandang di bahu..
Aku pun dari seorang yang suka balik kampung, terpaksa melepaskan nekad di hati, cuma kekadang mencuri masa cuti pertengahan sem untuk menjengah keadaan kampung halaman..
Sekarang aku bercuti hampir 2 bulan..
Kemudian akan terpanggil sebagai salah seorang komiti Taaruf Week..
Sebelum balik bercuti, aku menginkuti sebuah program yang membawa kami sebagai peserta menjengah membasahakan diri mengenali masyarakat..
Hari pertama kami dibasahakan dengan sesi kuliah selama sehari hingga membawa ke malam..
Aku mulai kebosanan..
Tapi, hari seterusnya menebus kekecewaan diri ini..
Kami di bawa ke Raushatus Sakinah, sebuah institut yang mendidik semula gadis-gadis yang 'terlanjur' ke kancah maksiat..
Walau pun aku sedikit keterlewatan sebab pulang sebentar ke UIA untuk mengurskan 'check out' mahallah dan sesat seketika di dalam perjalanan..
Tapi aku dapat jua memahami yang Raudhatus Sakinah telah berjaya dalam mentarbiyah anak-anak gadis menuju ke jalan yang betul semula..
Aku hanya dapat dengar sedikit sesi soal jawab bersama peserta dan bergambar..
Petangnya kami dibawa ke Kajang, melawat Aqsa Syarif, sebuah institut yang cuba memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan Palestin..
Kami diberi taklimat tentang keadaan terkini di Gaza dan juga projek-projek bantuan Aqsa Syarif yang sedang dilaksanakan di sana..
Keesokan harinya pula, kami melawat Hidayah Centre, satu pusat dakwah kepada bukan Islam..
Cara-cara yang diajar dan program-program yang boleh dijalankan bagi menarik bukan Islam kepada Islam diberikan kepada kami agar kami boleh turut menarik bukan Islam kepada agma Suci ini..
Seterusnya kami dibawa ke KIMB, satu syarikat insuran yang berteraskan Islam..
Satu sistem digunakan KIMB yang mana kita boleh melabur, dan menolong umat Islam kerana terdapat beberapa caruman yang akan diagihkan fi sabilillah dan infaq..
Untuk sesi siang ditutup dengan kami dibawa ke pusat Musleh. pusat sekolah MUSLEH diseluruh Malaysia..
Bagaimana sistem tarbiyah diaplikasi sebagai sistem sekolah..
Itulah beberapa pengalaman yang dapat ditimba sepanjang proram.. Ada lagi yang tidak diceritakan, namum apa yang pasti, di waktu cuti ini aku akan ke UIA jua sebab disitulah tempat aku ditarbiyah.. :)
Sabtu, 5 Mei 2012
Kene serang??
Isnin, 5 Mac 2012
Dah sebulan dah..

Assalamualaikum..
Siyesly sem ni mmg penat giler..
Bley kate everyday kene keje kuat..
Belajar makin down je.. Hmm..
Dah sebulan aku kat sini...
Tapi nasib baik saya ada tempat mengadu..
Bley mengadu 24 jam plak tu..
Allah saje tempat kite kembali..
Maksudnya: Sesungguhnya dari Allah kita mai, dan kepada Allah kite balik...
Tapi ia reflect setiap mse..
Kita mungkin punya isteri atau pasanagan atau kawan dalam hidup..
Tapi mereka tiada punya 24 jam untuk meluangkan masa untuk kita bukan???
Tapi Allah berbeza..
Dialah tuhan..
Dialah pencipta...
Dialah Rabb..
Dialah Ilah...
Dialah Malik..
Kita berikrar tiap kali solat dalam surah Fatihah..
Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in...
Hanya kepada engkau sajalah kami sembah, dan hanya kepada engkau sajalah kami meminta..
Jadi kita menghrapkan kasih Allah atau manusia...
Memang x d nafikan kite memerlukan manusia juga untuk menenteramkan hati..
Tapi kita punya satu jalan yang lain..
Firmah Allah..
Mafhumnya: Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang...
Penat sebab ape?
Banyak attend meetng and segalanya...
Nssib bek aku pnya rmai teman untuk berkongsi..
Kepada yang 1st bace post ni and u r my teman..
Thanks very much coz be my pillar all the time..
TQ sahabat sumer.. :)
Doakan dipermudahkan segala urusan..
Moga kembali kuat..
Moga menjadi Shark the Great buat selamanya.. :)
Yang membezakan kita dengan yang lain kerana kita ingin berubah...
Yang menukil,
Muhammad Syaakir Bin Mohd Ridzuan Lee...
Rabu, 25 Januari 2012
Aku vs Dia (The Great Duel)

Lama x dengar citer, mesti menunggu bila saya nak post lagikan (koranglah x nak publicitikan blog aku, hahaha)...
Lama x tulih lg pastu (merepek je kot)...
Arini mode aku nak berlawak je...
sape2 kenal ngan aku memang tahulah cmne lawak aku...
kui kui kui...
Dah2...
kite masok mode serius plak...
Aku nak cite pasal the GREAT DUEL...
Awas...
Perlawanan Shark the GREAT melawan nafsunya...
Satu perlawanan yang menarik...
Tak dapat ditonton dalam WWE atau mane2 kejohanan...
Kalau anda duduk dalam TARBIYYAH...
Mesti familiar dengan MUJAHADATUN LINAFSIHI...
Mehlah aku crite sikit susur galur bagi siapa yang BELUM lagi masuk TARBIYYAH..
Peribadi Muslim ada 10...
Salah satu adalah yang di atas..
Mujahadah Linafsihi...
Dalam bahasa Melayunya dapat melawan atau mengawal Nafsu atau kehendak...
Korang nak search google pun boley...
Key in Peribadi Muslim atau Muassofat Tarbiyah (selamay mencube)...
Tamat... :)
Ok...
Balik je rumah minggu lepas (dah seminggu aku balik)...
18hb Jan 2012...
Memang rasa nak balas dendam sebab tak cukup tidur je kat UIAM terchenta...
hehehe...
Tapi...
Korang tahu x?
Tulah, len kali masuk Tarbiyah ye...
Bley je contact aku kalau nak masuk dalam SISTEM nie (macam kongsi gelap lah plakkan)..
Balik kepada Tarbiyah Zatiyah...
Tarbiyah Zatiyah ni kite control diri kita berdasarkan beberapa mutabaah amal..
Jap, korang tahu ke ape itu mutabaah amal?
Adei..
Mehlah aku crite skit...
Mutabaah amal ni satu list yang kite buat untuk mantainkan iman..
Cth: Sehari wajib bace 2 helai Quran... Seminggu pose sekali... N banyak lagi...
Nak tahu lebih lanjut???
Masuklah sistem Tarbiyah... :)
Orang kate bile balik rumah...
Iman akan turun..
Sebab kita jauh dari Biah(suasana) Tarbiyah...
Tapi, ada Tarbiyah zatiyah yang dapat control dari turunnya iman seseoarang...
Gabungan Tarbiyah Zatiyah ngan Mujahadah Linafsihi akan menghasilkan Fuuton Rasen Shuriken (kalau dalam NARUTO)..
Maka, akan tewaslah musuh utama mnusia iaitu HAWA NAFSU...
Bagaimana?
Menaiknya IMAN kerna Ibadah kepada Sang Pencipta...
Turunnya IMAN kerna Maksiat kepada-Nya..
So, kalau dengan Tarbiyah zatiyah (amal ibadat) dan juga Mujahadah linafsihi, confirm2 lah akan naik Iman seseorang...
Tapi, persoalannya..
Apa kaitan kedua-duanya???
Dengan Melawan hawa nafsu (mujahadah linafsihi), seseorang itu akan dapat mengikuti apa saja list amal (Tarbiyah Zatiyah) yang dibuat...
Pentingkan..
N aku nak ucapkan Gong Xi Fa Cai...
Aku kan keturunan CINA...
Semoga thabat dalam Iman Dan ISLAM...:)

2morrow never die...
But we maybe Die..
Anyong...
"Yang membezakan kita samada kita ingin berubah atau tidak"..
Yang Gembira,
Muhammad Syaakir Lee @ Shark the Great...
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Sabtu, 31 Disember 2011
Lambaian 2012...

Assalamualaikum...
Hai sumer...
Lama ceq x mai sini...
Hangpa sume sehat ka???
Adei...
Akhir2 sem d Gombak sebelum Exam membuatkan aku x cukup tangan...
Terase kenikmatan waktu lapang...
Dengan Esaimen nak kene submit..
Kuiz...
Tugasan Islam...
Tapi hari ni aku ada de Rumah...
Lari sebentar dari kesibukan study untuk final exam...
Sebenarnya aku dah pun selesai jawab 3 paper untuk final exam..
Next paper jumaat depan (6 hb Jan 2012)..
Lambat agikan...
Yang pastinya...
Aku nak mengadu pasal diri aku...
Teruknya diri aku...
D sebabkan exam...
Aku lalai dengan tugasan dakwah...
Aku skip halaqah aku...
Aku x g wasilah tarbiyah..
Memang teruk betullah...
Sekarang ni..
Aku lari plak dari kampus...
Kononnya nak berehat...
Kononnya nak jumpe mak ayah...
Mana ada perkataan berehat dalam kamus dakwah...
Rehat nanti kat akhirat lah bro...
Tapi aku cuba menggapai segala kudarat terakhirku...
Cuba menstabilkan semula kondisi Imanku...
Memerah keringat terakhirku...
Mengimbangi Exam, Dakwah, Keluarga, Teman2...
Wahai mereka yang mengenali diriku d luar sana...
Jangan ingat aku seperti Nabi dan Rasul...
Aku x kuat sepanjang masa...
Akan tiba masa2 aku 'down'...
Apa yang aku perlukan ketika itu adalah tempat menumpang mengapai sedikit kekuatan rohani...
Hari ni masuklah ambang 2012...
Moga tahun yang berlalu ini Allah 'pandang' dengan seribu pandangan SYURGA...
Penuh dengan Ganjaran PAHALA...
Allahu AKBAR...
Duhai kawan-kawanku yang d UIAM...
Maafkan daku kerna meninggalkan kamu...
Aku bersenang-senang di rumah..
Kamu belajar bersendirian tanpaku...
HAHAHA....
Jadilah yang memebezakan kita adalah kita ingin berubah...
Salam 2012...
Jumaat, 9 Disember 2011
Jatuh Tersungkur

Assalamualaikum...
Wahai jiwa2 yang berbolak-balik...
Alhamdulillah... Masih lagi kita bernyawa untuk menyambung ekspedisi merentas alam ciptaan Allah...
Di kala waktu sempit ini, aku mengambil kesempatan untuk mencoret perkongsian aku kali ini untuk kalian semua...
MOGA BERMANFAAT..
Sekarang, UIAM dah masok minggu-minggu terakhir sebelum minggu exam datang menjengah...
Macam biasalah, aku nie suke nak bercerita tentang kehidupan yang berlaku disekeliling aku...
Exam...
Kadang-kadang niat kita akan sering berubah, adakah belajar untuk exam? Atau Belajar kerana ibadat???
Itu satu persoalan yang biasa kita dengar..
Semestinya semua orang akan berkata yang saya belajar kerana ibadat..
kerana ia satu tuntutan Fardhu...
BETUL???
Hakikatnya,
kita tak payah menipu diri sendiri...
Memang diri kita tak lari dari kenyataan yang kita belajar keran exam..
Buktinya,
Berapa ramai dari kalangasn kita yang membaca dan menghadamkan apa yang dipelajari setiap hari???
Bahkan kadang-kadang tujuan kita membuka buku bukan kerana ilmu...
Tapi jangan plak kita menyalahkan diri kita...
Sememangnya itu fitrah manusia...
Exam dicipta untuk menguji kita..
kalau tak, memang terlalu ramai orang yang belajarnya hanya di dalam kelas...
Itu pun jikalau dalam kelas kita dapat mneumpukan perhatian 100%...
Ingat satu hadith Rasululah SAW...
Mafhumnya:
Jadilah orang yang berilmu... Ataupun orang yang menuntut ilmu... Ataupun orang yang mendengar ilmu... Ataupun orang yang mencintai ilmu... Janganlah jadi golongan yang kelima, nescaya engkau akan binasa...
Ada satu analogi keikhlasan dalam menuntu ilmu...
Jikalau kita pergi kelas seharian kerana mungin untuk exam...
Tapi, kalau kita pergi ke kuliah-kuliah malam seperti kuliah sirah, dan pengajian kitab...
Semestinya kita akan pergi tanpa ada niat yang lain..
Tiada exam..
Ikhlaskan hati...
Itu je kot...
Actually ngan blur ngan assignment nie..
Hehehe...
Bnyak masalah kot sekarang nie..(masuk bab meluah perasaan plak)...
Ngan masalah hati nye..
Masalah ngan assingment yang menimbun...
Adei.
Ape2 pun..
Toward better achievement... :)
Jumaat, 25 November 2011
Sama ada menekan, ditekan atau tertekan???

Assalamualaikum...
Waduh, pendek kate sekarang aku sibuk sesangat...
Maklumlah dah lepas Mid Sem...
What i need to cover is:
1) Mid Term Ethics (30/11)
2) Assignment Individual Ethics (30/11)
3) Assignment Dirasat 90 % siap
4) Power Point Tilawah
5) Assignment Group Ethics
6)Assignment Usul Fiqh
7) 5 surah untuk Dirasat
8) 2 lagi surah untuk Tilawah 1
Dan dengan semua kesibukan ini tak lupe kene wat perkara sampingan seperti main game (stress), mutabaah harian dan mingguan, silaturrahim dan macam2 lagi...
So, how to be tawazun???
Setiap orang ada cara tersendiri...
Ada yang walau sibuk macam mana pun tetap slumber je main game (macam aku)...
Bagi aku, wat satu keje biarlah berkualiti...
Jangan terlalu stress, kelak diri kita yang merana...
Dont put too too too much burden within urself...
Sometime urself need to rest...
Kan kan???
Tapi jangan terlalu relax...
Everytime main je game...
Facebooking...
Tiduring...
Thats Y we need to be TAWAZUN...
Kita perlu Dunia..
Kita perlu Akhirat...
Dan antara 2 itu kenalah seimbang...
Ambik Dunia tinggal Akhirat...
Ambik Akhirat sampai tinggal dunia...
Jangan lupa, Dunialah tempat bercucuk tanam...
Kat Akhirat baru dapat tengok hasilnya...
Seriusly, cara saya belajar mungkin sangat berbeza nagn orang lain...
Jika saya ditekan, saya akan jadi lebih proaktif...
I can finish an assignment within one night...
The Quality is moderate...
I read the book night before the exam (Dont Try This at Home)...
Ramai yang kate, bolehlah Syaakir otak ko pandai...
Fresh...
I said no...
We must psycho the mind...
Make it follow our order...
Make it think faster...
Cukup kite bagi 'die' rehat tanpa berkerja...
Sekarang kita nak exam kita biar die kerja...
Apa yang nak saya tekankan juga about Study Smart and Study Hard....
The formula is like, Study Smart lebih organize dari Study Hard...
Study Hard keputusannya ialah memenatkan diri kita sendiri saja....
Another one...
Apa yang lebih penting???
Faham atau Hafal???
Kalau kita setakat Hafal tanpa kefahaman, itu bukan Proses Belajar namanya...
Betul???
Setuju???
Akhir kalam...
Be Professional....
Take the time to understanding your body and mind...
Apa yang membezakan kita adalah kita ingin BERUBAH...
Sincerely,
Muhammad Syaakir Lee...
Khamis, 3 November 2011
Sakitnya Semester 1...

Assalamualaikum...
Lama dah tak tulis entri baru dalam dada halaman ini...
Apa khabar diri-diri yang sibuk ber'exam'...
Maklumlah minggu-minggu mid-sem di universiti baru saja menjengah...
UIAM pun sama gak...
Tapi bagi diriku macam tak exam je...
1 minggu 1 paper...
Lagi 3 paper ada lepas Cuti Mid-Sem...
Maknaya, minggu tu aku tak raya dab cutilah kan...
Sibuk mengulangkaji dan juga tak lupa nak menyiapkan beberapa assignment yang tak sudah...
Subjek yang aku ambik sem ni tak banyak mana pun...
Adalah dalam 6 matapelajaran...
Nak tahu tak???
1. Tilawah 1
- Subjek ni aku nak ambik masa aku sem pertama lagi kat UIA ni... Tapi tak boleh add sebab dah penuh... Aku kan jenis pemalas nak add manual... So aku baru ambik sem ni... Komen aku kat subjek ni, agak susah sebab kena hafal juz 30... Memang aku dah hafal lebih dari separuh juz 30... Tapi, yang kene tasmik nye start belakang iaitu surah naba'... Setakat tilawah dengan tajwid Insya Allah x de masalah... ada satu assignment...
2. Madkhal ila Usul Fiqh
- Aku suka subjek ni... Walaupun aku dibawah major Usuluddin... Ustaz yang mengajar subjek ni juga terbaik.. Ustaz Sobri namanya... Aku faham je ape yang diajarnya... Dan saru lagi, senang je tugasan yang diberi... Cume beberapa homework, group assignment dan exam yang just letak betul atau salah.... Cume kata orang markah dia susah sebab jawapan final yang dia nak kene base on buku...
3. Islamic Ethic
- Memang aku susah faham subjek ni sebab ustaz yang mengajar aku adalah ustaz Yaman... Kurang faham lah mula-mula kelas tu.. Sekarang bertambah baik cara atau teknik penyampaian die... Dari segi markah atau carry mark, Uztaz ni bagi exam mid, satu assignment dan musyarakah... Ok je.. Tapi kena usaha lebih dalam memahami konteks... Assignment die je aku tak de idea nak wat camne... Aish...
4. Islamic Aqidah
-Pergh.. Pada mulanya aku rasa malas je nak gi kelas ustazah ni... Tapi, lama-kelamaan, aku rasa ok je ustazah ni... Cume markah yang diberikan agak strict... kena base on apa dia syarah.. So, dalam kelas tu korang kena rajin menyalin note... Dari segi markah, just ada 3 exam dalam kelas, satu lagi musyarakah... Tu je...
5. Dirasat Mukhtarat minal Quran
- Bagi subjek ni just banyak kena hafal lah.. Ngan mufradat nye lagi... Surah tasmik... Agaknya aku tak dapat nak tasmik awal-awal... Habiskan Tilawah dulu baru hafal 5 surah bagi subjek ni... Surah agak panjang gaklah... Mujadalah, Hasyr, Juma'h, Mulk ngan Soff... 2 surah je kene hafal... yang lagi 3 kena ingatkan balik je.. Alhamdulillah... Dan satu lagi kena buat assignment.. Nasib baik agak senang je assignment nya.. Just, banyak benda nak kena wat... satu lagi kena mid term...
6. Modern Muslim Thinkers
- Subjek yang best.. Membahaskan tentang tokoh-tokoh pemikiran yang di era baru... N nak carry mark pun senang... Ada short presentation ngan mid term.. Satu assignment compailation dari short-short presentation yang kami buat...
Pendek kate agak sakit gak lah dari bab hafalan... Adei, cume apa yang perlu diingat adalah kesah Waqi' dan juga Imam Syafei...
(( Berjumpe Imam Syafei' dengan Syeikh Waqi' iaitu gurunya... Berkata Imam Syafei'... Wahai Syeikhku, kebelaknagan ini hafalan ku makin lemah... Jawab Waqi': Ilmu itu cahaya, dan cahaya tak akan masuk ke dalam hati-hati yang kotor....))
Apa maksiat yang Imam Syafei' buat sampai hafalan dia lemah???
Imam Syafei' cume terpandang aurat wanita iaitu tapak kaki ketika berjalan di pasar...
Ada riwayat mengatakan terpandang betis...
Lihat!!! Cume itu sahaja...
Kita??? Tidak puas terpandang malah menatap...
Sucikan hati kita...
:)
Ingatlah yang membezakan kita dengan yang lain adalah kita ingin berubah...
Wasalam...
Yang mengingati dirinya sendiri,
Muhammad Syaakir Bin Mohd Ridzuan Lee...
Jumaat, 21 Oktober 2011
Nawaitu Hatiku???

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim….
Assalamualaikum para pemilik kepingan-kepingan hati sekalian…
Malam ni di UIAM ada banyak ‘taman-taman syurga’ yang dinaungi sayap para malaikat…
Indahnya malam jumaat…
Kebetulan malam ni juga hujan lebat…
Moga-moga hujan tersebut adalah hujan rahmat dari Allah, Insya Allah…
Terharu aku melihat Forum “Mengesan Gerakan Kristianism di Kampus” (kalau tidak salah) dihadiri ratusan mahasiswa dan mustami’ di SHAS Masjid…
Dalam deraian hujan…
Tapi destinasiku bukanlah ke sana, tapi ke LT 5 untuk menuju ke taman hadith yang disampaikan Ustaz Ishak…
Sesampainya aku di sana dalam keadaan lencun…
Basah bajuku…
Tajuk Kuliah Hadith hari ini adalah Hadith pertama Imam Nawawi iaitu NIAT…
Walaupun sudah berulang kali aku mendengar kupasan hadith tersebut…
Malah aku juga pernah memberi penyampaian berkaitan hadith tersebut…
Tapi, tidak salahkan kalau aku pergi untuk TAZKIRAH diri ini semula…
Aku pernah dengar satu kata-kata tapi dah lupa siapa yang menuturkan kata-kata tersebut…
Lebih kurang begini bunyinya…
“Barangsiapa yang tidak pergi ke satu majlis ilmu dengan niat dia tidak ke majlis ilmu tersebut kerana dia telah pun tahu ilmu tersebut, maka ilmu yang ada pada dirinya itu akan hilang”
Masya Allah… Dahsyat bukan… KEDAHSYATAN NIAT…
Antara POWER nya NIAT…
Kalau kita niat ingin melakukan kebaikan, kita sudah pun memperolehi pahala...
Niatlah yang membezakan adat dan ibadat…
Aku ada soalan…
Apa bezanya kita datang majlis ilmu di masjid-masjid dan juga kelas???
Kedua-duanya memang ilmu…
TAPI!!!
Yang membezakannya keduanya itu adalah HADAF…
Kalau kita datang ke kelas-kelas mungkin niat kita ada sedikit pada nak exam dan lain-lain…
Tapi, kuliah ilmu di masjid ada ke exam??
Ada ke dapat bawa kita kerja gaji mahal-mahal???
Jadi, kalau kita malas nak pergi majlis macam di masjid mesti ada suatu maslah pada tempat NIAT iaitu HATI…
Muhasabahlah kita semua…
Satu peringatan buat diriku dan dirimu jua…
Biarlah yang membezakan kita dengan mereka adalah kita ingin BERUBAH…
Rabu, 12 Oktober 2011
Yang tak ku sangka-sangka

Assalamualaikum...
Pagi yang redup dan dingin...
Aku cuba untuk tidak melelapkan mata ini...
Rutin harianku setiap pagi telah pun diselesaikan...
Dengan masa lapang ini terdetik pula hati kecil yang kotor ini untuk mencoretkan sesuatu setalah mataku menatap coretan sahabat-sahabat dalam blog masing-masing....
Seperti apa yang aku niatkan ketika mula-mula menubuhkan blog ini, aku niatkan untuk mengisi dada dimensi ini dengan coretan hati dan meluahkan perasaan dan juga perkongsian yang berguna...
Kebelakangan ini aku banyak melihat satu perkara dari sudut yang pandangan berbeza...
Benarlah jika kata-kata seorang sahabatku: " sebuah buku yng anta baca ketika form 1 tak akan sama kefahamannya saat anta baca ketika form 5"...
Kini aku sudah bergelar mahasiswa.. Tapi aku hanya ingin digelar pendahaga ilmu... Penuntut ilmu yang hanya menumpang berilmu dari para ulama'... Siapa yang ngin mengelarkan dirinya sebagai mahasiswa Islam... Mahasiswa IRK (kalau d IIUM)... Tapi kehadiran di kelas masih mempunyai cacat cela yang tidak patut dilakukan...
Dimana dia si pelajar YANG MENJAGA MASA???
Dimana dia si penuntut YANG TEKUN DAN FOKUS DALAM TAALIMNYA???
Terkadang kita hanya belajar kerana belajar...
Tekun dengan assignment dan kuiz...
Tapi tidak menyeimbangkan dengan alam akhirat...
Solat hanya di bilik kerana nak jimat masa buat assignment dan baca untuk kuiz...
Melewatkan solat kerana hal yang kurang penting seperti online dan juga berbual...
Sudahkah kita lupa kepada hadith Rasulullah bila mana seorang sahabat bertanya Rasulullah: Apakah amalan yang paling bagus??? Jawab baginda: Sembahyang pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu bapa dan jihad fi sabilillah....
Jihad fi sabilillah pun berada pada kedudukan terakhir...
Suka untuk dikongsikan apa yang aku pelajari hasil mentoring dengan pelajar-pelajar intake baru IIUM (direct intake)...
"Nak tengok hasil kebaratan dalam sistem pembelajaran??? Contoh kita ambil dalam UIA... Pelajar Kuliah IRK (3 department: Fiqh, Quran Sunnah & Usuluddin) ada dalam 700 orang... Pabila waktu subuh, di masjid sahaja jamaahnya lebih kurang 50 orang dan tak semua jemaah tersebut adalah IRK... Mungkin dalam 20 orang... MANA PERGI LAGI 680 PELAJAR IRK YANG LAIN??? Ye, memang tak disangkal mungkin ada yang solat di surau-surau mahallah... Tapi berkemungkinan tak jika saya kata masih ada yang tertidur di hanyut mimpi di atas katil"...
Terkadang kita tidak sedar, kita tahu yang belajar adalah satu jihad fi sabilillah...
Tapi, jika kita belajar tanpa niat yang betul...
Adakah ia masih digelar jihad fisabilillah...
Belajar tapi mengendahkah kewajipan dakwah...
Mengendahkan kewajipan Amrullah...
Aku pernah bertemu dengan seorang pemilik kedai motosikal di BAtu Caves...
Seorang Melayu dan Muslim...
Walaupun dia cume seorang mekanik, tapi die berkemampuan untuk memberikan aku tazkirah lebih kurang 10 minit...
Sungguh tak disangka...
Ia bermula setelah dia bertanyakan tentang kos aku di UIA...
Kemudian beliau mula berbicara dan berkongsi ilmu yang dipelajari beliau...
TENTANG USULUDDIN dan AKIDAH...
Tak mustahilkan aku katakan beliau lebih 'Alim daripadaku...
Walau tidak mengambil jurusan IRK di UIA, tapi masih hebat dalam ilmunya...
Ada satu kata-kata yang aku nak kongsikan...
"Amat rugilah jika seorang itu berbangga dengan kenderaannya yang mahal atau laju, tapi bila di waktu subuh khususnya ia masih tersadai di garaj-garaj..."
Muhasabahlah semula...
Aku tidaklah seperfect orang lain...
Apa beza kita dan orang lain biarlah kerana kita INGIN BERUBAH...
Yang Suka Menyibuk,
Shark the Great...
Rabu, 5 Oktober 2011
Islam 20 tahun....

Allahu Rabbi... :)
Khamis, 29 September 2011
Matlamat yang Jelas....
Assalamualaikum...
Dah minggu ketiga dah sesi pembelajaran du UIAM Gombak...
Selama itu juga aku cuba mengekalkan imej sebagai Anak, Abang, Kawan, Muslim, Dai'e dan juga Hamba Allah...
Seriusly beberapa hari ini aku rasa feel semacam je... maaflah sebab entry kali ini aku meluahkan perasaan yang terpendam plak... Maklumlah kawan-kawan aku tak baca pun blog aku yang sebijik ni.. Hehehe...
Firtsly bermula bile aku start demam... nak kate demam pun tak... Dalam kelas tetibe rasa mengantuk yang tak dapat ditahan... Memeang aku boleh dikirakan tidurlah dalam kelas tu... 2 kelas aku x fokus...
balik je bilik aku ingat nak tido... Masa tu lepas asar.. Aku tak suke sangat tidur lepas Asar... Tapi aku cuba juga lelapkan mata.. Kawan aku kata sebab aku tak cukup tidur.. Maklumlah aku ni dah lah aktif, pastu x cukup tidur... Tapi badan aku panas semacam... Aku pun wat kesimpulan aku demam sebab beberapa hari yang lepas aku meredah hujan balik ke bilik...
Next day, aku sihat macam biasa... Alhamdulillah mutabaah ibadah aku ok je sepanjang minggu tu.. tapi hati dan perasaan je yang agak runsing... Adei, masalah betollah kan... Aku try cari solution dengan cuba melakukan ibadah tambahan... Doakan aku jadi seperti dahulu...
Thabbit Hadhafi ila Mardhatillah wa Khair... :)
Sabtu, 24 September 2011
Study Lillahi Taala

Assalamualaikum...
Selasa, 13 September 2011
Tarbiahkan HATI...
Jiwa ini berpendidikan dan ingin terus begitu...
Jiwa ini terasa kosong jadi mahukan terisi...
Jiwa ini bosan jadi mahukan hiburan...
Apa khabar kalian... Alhamdulillah, semalam telah pun bermula sesi pembelajaran bagi sesi semester 1 2011/2012... Semalam sambil-sambil menunggu pensyarah masuk... Aku telah bertemu ramai kawan-kawan yang sedang sibuk mencari bilik pensyarah untuk mengambil tandatangan bagi menambah matapelajaran ke dalam kuliah... Aku pun tidak terkecuali... Aku kekurangan 6 credit hour... Aku memerlukan lagi 2 subjek bagi memenuhkan quota credit hout yang normal iaitu sekitar 15 credit hour...
Berbalik kepada kawan-kawan yang aku terserempak sebelum ini.. Mereka ini semua adalah teman-teman seangkatan ketika di Pusat Asasi UIAM... Tetapi kemasukan mereka agak lambat berbandingku atas beberapa sebab... Yang ingin dibincang aku di sini bukanlah sebab-sebabnya... Tapi kekurangan yang terdapat pada batch baru iaitu intake 111xxxx... Antaranya adalah :
1. Taaruf Week yang amat lama sejak hari selasa hinggalah ahad...
2. Sesi bergambar yang mereka perlu lakukan sendiri (matrik kad)...
3. Ketiadaan tempat kosong untuk register subjek secara online, jadi mereka perlu lakukannya secara manual iaitu prosedur yang amat banyak (kerenah birokrasi)..
Tersebut adalah di antara kelemahan yang dapat aku perhatikan sepanjang aku perhatikan di awal minggu pembelajaran... Tapi, apa yang ingin aku ceritakan di sini. agaknya apakah perasaan pelajar-pelajar baru yang sangat bersemangat untuk menimba ilmu tapi tercemar dengan beberapa insiden seperti yang di atas.
Jika seorang pelajar itu ditarbiah di dalam sistem, pasti mereka akan memandang perkara di atas dari sudut yang berbeza berbanding pelajar biasa yang mungkin sekarang mengalami tekanan jiwa akibat masalah di atas. Di sini ingin aku senaraikan beberapa situasi yang muingkin berlaku kepada pelajar yang ditarbiah di dalam ISLAM...
1. Mempraktikkan konsep tawakkal iaitu Azam, Amal dan juga Doa'...
- Doa adalah perkara yang sering dilupakan oleh manusia.. Misalan dalam proses add subjek... Mereka mungkin telah pun Melakukan Azam.. Sangat berazam untuk mendapatkan subjek yang sekian-sekian... Mereka juga telah melakukan Amal iaitu pergi ke bilik pensyarah untuk mendapatkan sign dan ke General Office pula untuk submit borang... Tetapi mereka lupa untuk doa... Jadi konsep tawakkal mereka menjadi kekurangan satu elemen penting iaitu hubungan dengan Allah...
2. Merapatkan ukhuwwah...
-Di dalam kesibukan dan kepenatan, masalah yang berhubung dengan perkara yang diceritakanku di atas, para manusia yang 'istimewa' ini dapat saja melakukan sesuatu perkara 'bonus' terhadap diri mereka iaitu merapatkan ukhuwwah... Misalannya mereka sambil beratur panjang untuk submit borang kepada oggoce, mereka boleh sahaja bermesra sesama sahabat bukan hanya duduk sambil menghasilkan muka tension kerana telah lama beratur... Selain itu, boleh saja mereka berzikir pada masa terluang kerana jika mereka sibuk pastinya amat sukar untuk mereka mengingati ALLAH...
3. Penguji kesabaran...
-Masya Allah.. Perkara yang paling susah untuk ditahan dalam diri manusia.. Disebabkan kurang sabar, ada sahaja jiwa yang terbunuh.. Ada saja perkara yang tidak diingini berlaku... Para manusia istimewa yang tertarbiah insya Allah dapat menghindari kes seperti ini... Mereka akan dapat melihat setakat mana kesabaran yang mereka punyai... Adakah setebal kerak bumi ataupun hanya setebal seurat rambut....
Lihatlah... Berbeza sungguh jiwa-jiwa yang ditarbiah... Subhanallah... Saksikan saja para sahabat yang ditarbiah Rasulullah... Jika anda mencampakkan mereka dimana-mana, insya Allah mereka akan hidup bukannya mati... Everything begins with TARBIYAH... :)
Ahad, 11 September 2011
Kembali ke "Taman Budi dan Ilmu"

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Diri ini sudah pun menjejakikan tayar motornya ke bumi UIAM, Gombak semula... Pelbagai perasaan bercampur-baur di dalam hati ini... Gembira pun ada, rindu pun ada, malas pun ada... Bak kata orang memang tak keruan hatiini pada saat itu...
Mak ku berkata pada malam sebelum aku akan berangkat: " Kau ni betul ke nak balik esok nie?"...
Mana tak nya tidak dia biang begitu... Beg pun baru separuh berkemas... Malasnya aku nak balik, hanya Tuhan je yang tahu... Esok paginya yang aku dijadualkan bertolak hujan... barang-barang yang tak dikemas aku tangguhkan lagi masa berkemasnya...
Selepas solat Zohor baru aku mula berkemas dengan serius... Jam 2.30 petang menjadi sasaran aku untuk bertolak... Tup tup... Pukul 3.30 petang juga baru aku bertolak... Berbekal doa daripada keluarga dan juga wang untuk mengisi minyak motorku, aku bergerak ke Jalan lama-Jalan Bukit Kechil-Bukit Rambai-Bertam-Lebuh AMJ-Tol Simpang Ampat-Lebu Raya Utara Selatan...
Lama sungguh aku tak berada di lebuh raya... Terjadi beberapa insiden yang memungkinkan aku kemalangan, tapi Alhamdulillah aku dijaga Allah... Antaranya, brek mengejut untuk mengelak monyet, kereta brek mengejut kerana sesak, kereta membolek secara tiba-tiba untuk menukar lorong dan juga kesalahan sendiri iaitu mencilok-cilok ketika trafik sesak...
Sampainya aku di UIAM, jam menunjukkan lebih kurang 6.15 petang... Aku terserempak dengan beberapa sahabat lamaku di Pusat Asasi UIAM Nilai... Gembira aku untuk kembali ke UIAM...
"Selamat Datang kepada semua kawan-kawan dan juga intake baru UIA"
"Selamat Kembali buat mereka yang senior"
Moga sem ini akan membuahkan satu kejayaan besar... :)



